Assalamualaikum semua...
Di bulan ramadhan yang mulia ini, ingin hamba mengambil kesempatan mengucapkan maaf kepada sahabat handai, rakan-rakan, kenalan-kenalan, makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, bapa-bapa, ibu-ibu yang ada terasa sakit di mana-mana, ada berdosa dengan sapew2, ada terpukul kat mana2, ada terumpat dengan sapew2, ada terkurang ajar, ada tersinggung, dan segala jenis yang ada-ada ni lahhh, ahakz...
Sebelum meneruskan lagi entry ni, izinkan hamba bertanya khabar kepada anda semua, sihatkah semua yang ada nun jauh di mata, dekat di hati??? jika sihat, alhamdulillah dan sihatlah hendaknya yer... Yang tidak berapa sihat, baik fizikal mahupun emosi, hanya nasihat dan doa yang hamba mampu bekalkan... ambillah peluang di bulan ramadhan ini untuk mencari hidayahNya dan petunjukNya... Belajar untuk memperbaiki diri kita sendiri walaupun banyak kelemahan kita dan banyak yang perlu diperbetulkan, setiap insan pasti ada keburukannya, ada kelemahannya, begitu juga hamba... Kenali dulu diri anda sendiri yang ambillah langkah yang sewajarnya... Di bulan Ramadhan ini, syaitan pun dah kena ikat, jadi, personaliti anda di bulan Ramadhan ini adalah personaliti anda yang sebenar!
Ermmm, 2 minggu lebih jugaklah hamba tak update blog ni yer, bukan apa, tapi hamba memang takder mood nak bukak internet, nak main intenet, sekadar on laptop, tengok citew, download, tengok citew.... Main game pun malas, nak kata busy, takder la busy sangat... So, maaflah kepada semua yang tercari-cari atau yang tidak dapat hamba luangkan masa untuk kalian di saat anda memerlukan saya...
Cerita lama, hamba sudah tutup buku... Diri ini sememangnya seorang yang tidak berguna, insan biasa, tiada istimewanya, seorang yang sangat emo, tapi inilah personaliti hamba, harap maaf andai tidak dapat terima... Hamba juga sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik, namun apakan daya, setiap insan ada batasan dan takdir juga telah tertulis... Maaf sekali lagi.. Namun, hamba akan sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik, baik untuk anda, kawan-kawan, ahli keluarga, dan sesiapa saja yang mengenali hamba, harap diberi kesempatan, diberi masa dan ruang...
Tersentuh hati ini untuk men-update blog ni hari ni, kerana hamba sedar, banyak sungguh silap salah dan dosa yang telah hamba lakukan sepanjang mengenali anda, rakan-rakan, kenalan semua... Jadi, wujudlah entry ni pada hari ni... Kepada anda semua juga, maaf andai kata kita tidak dapat luangkan masa untuk sama-sama berbuka, sama-sama berterawikh di bulan mulia ini, dan mungkin juga tidak dapat luangkan masa untuk sama-sama menyambut hari raya aidilfitri nanti...
Insya-Allah, 24 Ogos, hamba akan sampai di bumi Kelantan dan sekiranya ada masa, bolehlah kita keluar bersama-sama nanti kengkawan... Herm, rasanya setakat ni sajalah dulu, kalau hamba tulis panjang2, kalian pula yang malas baca... huhuhuuh... selamat meneruskan ibadat berpuasa... Hari ni korang berbuka ngan ape??? Rindu plak makanan Kelantan... Oklahhh kengkawan kalian semua, semoga berjumpa lagi, keep contact, sekian, Assalamualaikum :)
Tuesday, August 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment