Sunday, August 21, 2011

Kenali Orang Yang Menyayangi Anda

Jeng jeng jeng... hangat tak tajuk entry kali ni??? Tajuk jer ganas, isi tak tahu la ganas ke tak... Ahakz, :P
Sambil2 tunggu sahur, rasa gatal nak menaip jer tangan ni... Biasa r, kalau sehari tak tekan keyboard ni, tak sah!!!!! ahahahha.... ermmmm, ehermmmm, uits, sedar tak sedar tak sampai 10 hari lagi tinggal nak poser... :(
Elehhh, korang suka la tu, suka la tu... ahahhaha... Habis bulan poser, boleh la korang kuar date ngan pakwe-pakwe, makwe-makwe masing2 kan kan kan??? Ahahahhaa... Jaga, jaga... Poser tak poser, ingat batas masing2... :)

Baiklah, kita teruskan ke isi kandungan entry kali ni... Tiba2 jer... Entah la, seminggu dua ni, ramai plak kawan aku yang datang share masalah ngan aku... sodih aku, ermmm, member punya pasal... tapi maafla kawan, saya bukan doktor cinta :) saya hanya kawan... Dalam ramai-ramai member aku, ada la sorang kawan aku yang jauh ni tanya, ahakz... Dia tanya, Hariz, macamana erk kalau nak tahu orang tu betul2 sayang kita ke tak??? Lolx, aku ni ada muka macam kaunselor ke?? ahahahha, takpew Di, disebabkan ko ni kawan aku, aku share la sikit2... Untuk pembaca sekalian pun, aku share kan jugak kat sini :)

Tapi ingat, apa yang aku nak share ni, bukan nak aim sapew2 ke apew ke, tapi ada sedikit dari pengalaman n pemerhatian aku kat sekeliling... Baiklahhh, petanda pertama:-






1. Sebagai pasangan yang saling menyintai pasangan masing2, anda boleh tahu tahu jika pasangan itu benar2 menyintai anda berdasarkan tutur kata dan panggilan manja terhadap pasangan masing2... Bagaimana??? Jika pasangan anda benar-benar menyayangi anda, si dia hanya akan menggunakan panggilan manja (contohnya: busyuk =.=') hanya terhadap anda seorang... Si dia tidak akan sekali-kali memanggil orang lain menggunakan panggilan manja antara anda berdua... Jika ya, bertuahlah anda, si dia menyayangi kamu :)

2. Yang kedua, anda boleh menilai kasih sayang seseorang itu melalui layanan si dia terhadap anda... Seseorang yang penting dalam hidup seseorang pasti mempunyai cara layanan yang khusus untuk orang yang disayanginya berbanding orang lain... Seseorang yang menyayangi anda akan sentiasa menggembirakan hati orang yang disayanginya, sentiasa mengambil berat meskipun sewaktu dilanda musibah dan masalah... Jadi, tepuk dada, tanya diri sendiri... Istimewakah anda dalam hidup si dia berdasarkan layanannya selama ini??? Jika ya, bertuahlah anda, si dia menyayangi kamu :)



3. Yang seterusnya, bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, pernahkah pasangan anda mengungkit-ngungkit untuk meninggalkan anda atau si dia meminta untuk anda meninggalkannya??? Jika ya, anda harus mengambil serius dengan memikirkan untuk meninggalkan si dia kerana seseorang yang menyayangi kamu tidak akan pernah melepaskan kamu pergi... Untuk berkongsi kasih sayang dengan madu pun, si isteri tidak sanggup, apatah lagi meninggalkan anda jika dia benar-benar menyayangi anda... Jika anda dalam dilema dengan petanda yang ketiga ini, anda sebenarnya sedang dibenci olehnya... :)


4. Yang keempat, sudah menjadi asam garam dalam sesebuah hubungan itu apabila berlaku salah faham yang membawa kepada pergaduhan... Anda boleh mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk menilai kasih sayang pasangan anda selama ini... Si dia boleh memarahi anda jika betul ada salah dan silap yang di lakukan, kerana marah itu tandanya sayang.. :) tetapi.... setiap dalam sesuatu itu, ada batasnya... Celik mata, buka minda, jadi bijak... Jika sewaktu pergaduhan itu berlaku, pasangan anda sering memaki hamun atau mengeluarkan bahasa kasar dan kata-kata kesat, anda harus sedar... Si dia sebenarnya sudah bosan atau benci dengan anda... :)

5. Yang kelima, sesuatu yang jelas, jika pasangan anda sering memarahi anda kerana sesuatu kesilapan yang kecil, suka membesarkan sesuatu hal yang remeh temeh, suka menengking anda di khalayak ramai, atau lebih teruk, sudah pandai memukul anda, maka ambillah langkah yang serius untuk meninggalkan si dia kerana masih ada orang lain yang sedang menunggu untuk mendapatkan keikhlasan cinta dari anda yang sebenarnya... :)

6. Yang seterusnya, cemburu dalam sesuatu hubungan sememangnya sudah menjadi adat resam dalam dunia percintaan... Seseorang pasangan itu akan menjadi seseorang yang mudah merasa cemburu atau sensitif apabila dia sedang menyintai dan menyayangi seseorang... Tanda seseorang itu cemburu amat ketara apabila si dia sudah pandai merajuk kerana dia sebenarnya inginkan perhatian lebih dari anda... Si dia juga akan berusaha mengongkong kebebasan pasangannya dek kerana cemburunya yang meluap-luap... Jangan terkejut apabila pasangan anda tiba-tiba merajuk atau tidak ingin membalas SMS, panggilan dari anda... Jika si dia mempunyai petanda-petanda begitu, bertuahlah anda... :)

7. Sebagai sebuah pasangan, pasti anda pernah menghadiahkan sesuatu kepada si dia yang istimewa, bukan??? Semestinya, anda menyintai si dia seikhlasnya, namun bagaimana pula dengan si dia??? Jika si dia pandai mengucapkan terima kasih dan penghargaannya terhadap anda, bertuahlah anda... Jika si dia menganggap hadiah yang diterimanya itu istimewa, menghargai pemberian anda dengan seikhlasnya, dan sanggup menjaga pemberian itu lebih dari nyawanya sendiri, bertuahlah anda... Anda sedang disayangi :)



Ahakz, sebenarnya ada banyak lagi petanda jika seseorang itu menyayangi kita... Tapi nasihat aku, jika anda menyayangi seseorang itu, berterus-teranglah dengannya :) Risiko masing2 tanggung... :P Jika Allah tidak mengkehendaki anda bersamanya, percayalah, masih ada seseorang yang lebih baik sedang menunggu anda... Jika si dia tidak menghargai cinta yang anda berikan, percayalah, masih ada orang lain yang lebih pandai menghargai pemberian cinta anda yang ikhlas itu :)
Kepada pasangan kat luar sana tu, berhati-hatilah dengan cinta... Jangan cuba menipu dengan cinta... Tidak semua pasangan itu jahat dan tidak semua pasangan itu bodoh seperti yang anda sangka... Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat bersahur...
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

No comments:

Post a Comment