Kita sering melihat dan mengatakan, alangkah bahagianya dengan kehidupan seseorang itu, "ahh, aku ingin hidup sepertinya"... Alangkah baiknya jika kita begitu, jika kita begini, dan terus terusan kita ingin memiliki kebahagiaan yang orang lain miliki... Kesudahannya, jika kita tidak merampas kebahagiaan seseorang itu, kita akan terus-terusan untuk bersaing bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik atau setaraf dengan sesuatu kebahagiaan yang orang lain itu miliki...
Dan akhirnya, kita menjadi lebih kurang seperti kata Prof. Muhaya, kita ingin memiliki sesuatu yang tidak kita kehendaki dengan duit yang tidak kita punyai, untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang tidak kita sukai... Hidup menjadi sentiasa cemburu dengan kurniaan yang orang lain miliki... Si pemilik kereta cemburu dengan si pemilik motor yang laju dalam mencapai sesuatu destinasi, manakala si pemilik motor cemburu dengan si pemilik kereta yang memiliki kenderaan yang lebih terlindung dari hujan panas... Tidak merasakan Allah s.w.t itu adil dalam pemberiaan kurniaan-Nya... tidak kurang juga dengan pemikiran yang mengatakan Allah s.w.t itu bersikap pilih kasih dengan hamba-hamba-Nya... Nauzubillah...
Kejamkah Allah??? Atau kita yang buta mata, buta hati, buta akal pada semua nikmat-Nya yang tidak pernah dikira itu??? Nikmat yang tidak dikira atau tidak terkira??? Terfikirkah kita??? Berapa ramaikah dari kita yang tidak mengeluh bangun setiap pagi, setiap hari memikirkan rutin sebagai bapa, ibu, anak, guru, pelajar, dan sebagainya??? rutin sebagai watak dalam sesuatu sistem kekeluargaan, sistem pekerjaan, sebagai itu.... sebagai ini.... berapa ramaikah antara kita yang tidak mengeluh??? Berapa ramaikah yang terlalu rindu dan impikan ketenangan dan kedamaian dek kerana hambatan masalah yang tidak kunjung padam??? Jika disenaraikan segala masalah, pasti tidak pernah wujud rasa ingin bersyukur, kenapa nak bersyukur atas segala masalah yang menimpa, bukan???
Namun, cuba pula kita berhenti seketika, merenungkan kembali, menarik nafas sedalam-dalam beserta ucapakan kalimah La ilahaillallah... Betapa wajibnya kita bersyukur di atas segala rutin-rutin hidup ini yang dirasakan sungguh membosankan, sungguh membencikan... Kerana apa, kerana sekurang-kurangnya, kita sebagai hamba-Nya MASIH ADA RUTIN YANG BOLEH DILAKSANAKAN...
jika rutin mu sebagai ibu, bermaksud kamu masih mempunyai anak
jika rutinmu sebagai pekerja, bermaksud kamu masih mempunyai kerja
jika rutin mu sebagai suami isteri, bermaksud kamu masih mempunyai pasangan hidup
jika rutinmu sebagai pelajar, bermaksud kamu adalah dalam kalangan orang berilmu
jika rutin mu adalah hanya menyelesaikan masalah, bermaksud kamu masih hidup untuk menyelesaikannya....
Bertenang, dan bersyukurlah!!! Ya, itulah punca sebenar dalam mencari erti ketenangan dan kebahagiaan sebagai hamba-Nya...
Apabila dapat melihat wajah ibu, bapa, anak-anak, suami, isteri, bersyukurlah kerana mereka masih ada- itu bahagia
Apabila dapat melihat dapur berasap, rumah yang ada, bersyukurlah- itu bahagia
Apabila melihat timbunan assignment, fail di atas meja belajar/bekerja, bersyukurlah- itu bahagia
Apabila sahaja pandangan kita menerbitkan rasa syukur, pasti bahagia akan tiba... kerana............. MASIH ADA orang yang lebih hebat penderitaannya berbanding kita... Anda memikirkan penderitaan anda, bagaimana pula dengan penderitaan saya??? Saya memikirkan penderitaan saya, bagaimana pula dengan penderitaan mereka di luar sana??? :(
Ya, benar, ada di antara kita telah tidak tertanggung rasanya... pulangkanlah bebanan itu semua kepada Sang Pencipta... Bukan dengan cara memaki hamun, sentiasalah tenang meskipun menanggung penderitaan itu semasa bergaduh dengan orang lain... Berserahlah kepada-Nya, keluarkan keluh kesahmu kepada-Nya, bukan kepada orang lain... Kerana hanya Dia yang sangat memahamimu, bukan insan lain... Dan hanya Dialah yang berkuasa dalam membantumu...

Ketahuilah, masalah itu dan tugas itu hanyalah sementara... Seseorang ibu hanya sibuk apabila anaknya itu masih kecil, dan ringanlah tugasnya apabila anak itu meningkat dewasa dan pergi.......... Seorang pasangan hanya sibuk dengan tanggungjawabnya apabila pasangannya masih ada, setelah meninggal......... Seorang pekerja pasti sibuk ketika khidmatnya masih diperlukan, setelah itu...........
Ketenangan dan kedamaian yang kita impikan itu sangat murah harganya sebenarnya... Ia akan datang sebagai PERCUMA bersama pakej yang kita tidak sesekali duga atau mahukan, kerana... itulah DUNIA... Kehidupan akhirat jualah yang ideal... Oleh itu, belajarlah menuturkan syukur... kerana apabila kita bersyukur, ketenangan dan kebahagiaanlah yang akan mencari-cari kita... Sedarilah, kita sebenarnya sudah kaya dengan bahagia... Atau sekurang-kurangnya, apabila kita telah kehilangan hidup itu, bersyukurlah kerana kita telah diberi kesempatan untuk merasa apa itu 'hidup' yang telah pergi...
Sebenarnya, hiduplah bahagia itu...

No comments:
Post a Comment