Monday, August 29, 2011

Eh Dah Nak Raya Ke???

ngeng~~~ Hehehehe...
Apa lagi kan, dah raya r wei... Huh3... Kejap nya ramadhan berlalu :'(
Ramadhan tahun ni banyak mengajar aku dan memberikan pengalaman berharga... Huhuhuhu...

Jeng jeng jeng...
Kelmarin terpikir nak wat ucapan hari raya kat semua kawan-kawan dan yang mengenali diri ini...
Tapi kalo post semalam, awal sangat... Rasa-rasanya dah boleh ucap dah selamat hari raya kat sini ni hari ni...
Hehehehe

SeBeLuM AiDiLFiTRi DaTaNG MeNJeLMa,
SeBeLuM RaMaDhaN MeLanGKaH KaKi,
SeBeLuM LiNe TeLeFoN MeNJaDi Jem,
SeBeLuM PosMeN CuTi BeRaYa,
SeBeLuM BuRuNG MeRPaTi DiSeMBeLiH,
SeBeLuM SyaRiKaT CyBeR CaFe TuTuP KeDai,
SeBeLuM JiRaN SeBeLaH TuTup WiFi,
SeBeLuM JaLaN RaYa SeSak,

SeLaMaT MeNyamBuT HaRi RaYa AiDiLFiTRi,
DaRi JauH Ku PoHoN MaaF,

SeGaLa SaLaH SiLaP HaRaP DiamPuN,
KePaDa SeMua KawaN-KawaN daN YanG DiKeNaLi daN MenGenaLi,
^_______________^


"amik kat google jer, heheheh"


Huhuhuhu... Hah!!! Jangan lupa pada sapew2 yang rasa ada buat salah silap ngan aku, cepat2 mintak maaf, hahahah... Harap2 kamu aku dan depa sama2 lah bergembira dan dapat menyambut aidilfitri pada tahun ini dengan gembiranya di samping mereka yang tersayang :)...

(Esok malam raya kompem aku keluar balik pagi, first day raya nak tdoww jer) hehehehhe....
Baiklah kawan-kawan dan pembaca sekalian, sekali lagi, ku susun sepuluh jari ni mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, salah silap, kita 0-0 lah yerrr... semua hutang tu, kira halallah yer... HAHAHAH... :P

Okies, tu jer, saper2 rasa muka tak malu nak datang raya umah aku, moh la :)
(tak payah datang pun takper) hehehehe.... gurau jer... datang ler... erkkk, kalo nak datang, hello r dulu, kot2 takder kat umah, heheheh :)

Dan jangan lupa berhati-hati di jalan raya dan jangan bermain mercun, aku malas la nak keluar masuk hospital, kacau betul, tak senang nak beraya... hehehe... Ok, tu jer, SELAMAT HARI RAYA WOI dan ASSALAMUALAIKUM :)

Thursday, August 25, 2011

Erkkkk, Ada Aku Kisah Ke Sekarang? Sial!!!!

lolx lolx...
untuk pengetahuan semua, aku da sampai kelantan...
ermmmm, apa yang jadi lepas lepas tu, lantak pergi ah, nak mampos ke, nak buat maksiat ke, nak kandung anak haram ke, nak jadi GRO ke, nak jadi pel@cur ke, nak layan semua jantan lam dunia ni ke, nak, nak apa lagi erk???

sekali seseorang tu buat aku hilang hormat kat dia, sampai bila-bila pun aku takleh hormat kat dia dah... tak kira, masa raya, masa puasa, masa tahun baru, raya cina, deepavali, musim menuai padi, hari gawai, wesak day, hari guru, hari ibu, hari bapa, hari pekerja. SAMPAI BILA-BILA pun aku takleh pupuk balik rasa hormat tu kalau sekali jer, rasa hormat tu dah hilang...

sebagai kawan, sebagai manusia yang hadir lam hidup aku, pernah korang tengok aku melenting??? jarang kan??? n ada yang tak pernah tengok pun aku melenting macamana... SO, nasihat aku, jangan ko sekali-kali mencabar aku untuk menunjukkan macamana tahapnya apabila aku melenting nih, ok???

berbalik kepada story idop aku, tak aku sangka lansung... memang tak tersangka dan tak menjangka, macamni perangai ko sebenarnya... Semua tentang apa yang terjadi tu, aku siasat sampai lubang cacing... Jangan main-main ngan hidup aku der, kalau nak rasa tendangan kaki yang selalu berlatih silat ni, silakan... tersangatlah silakan... cikgu aku cakap dulu, jangan main-main ngan penumbuk dan tendangan aku ni... sebab sekali kena, rasa dia macam kena bom nuklear pun ada... cikgu silat sekolah dulu yang kata laa, bukan aku yang kata...
Ada hati nak merasa ke???

Ternyata, setelah aku siasat benda ni secara mendalam, apa yang terkandung dalam gambar tu rupa-rupanya tiada yang benar melainkan yang benar... prinsip aku senang jer der, kalo aku buat salah, aku no hal nak mintak maaf... tapi kalo orang tu buat salah ngan aku, n tak reti nak mintak maaf/ bertanggungjawab, memang lu mencabar kelakian aku ni laa...
ikut firasat aku awal2, memang aku tak sangka... susah aku nak percaya perangai ko begitu sebenarnya... terdetik gak r lam hati awal2 rasa bersalah tu sebab benda tu mungkin fitnah terhadap ko semata-mata...

dan dari situlah, terdetik hati aku nak siasat samada benda tu betul atau tidak, lantak r apa orang nak kata, ni soal hati beb... dalam badan manusia ni, semua ikut hati... kalau hati tu baik, baiklah jadinya... kalau hati tu buruk, buruklah jadinya... dan pantang keluarga aku soal-soal memainkan perasaan ni... ko pun tahu kan, asal usul keluarga aku, so....... bab2 perasaan ni, memang kami pantang...

hahahah, alhamdulillah la wei, Allah nak tunjuk jalan kat aku, aku siasat habis-habisan tentang gambar2 tu... aku tanya sorang2 tentang gambar tu yang disebut oleh hacker yang baik hati ni... YUP, asal??? terkejut??? kan aku dah kata, jangan main2 ngan aku, aku lelaki lah sial!!!!!!!! aku dah tanya sorang-sorang pasal gambar tuh kat orang-orang yang namanya disebut oleh hacker ni... tak aku sangka, semuanya kata memang kau pernah mesej ngan diorang macam tu...

so, itulah prinsip aku... awal2 ingatkan, tu semua fitnah terhadap kau, mungkin aku perlu mintak maaf balik kat kau... tapi sekarang, ternyata benda tu semua betul, so, sekarang, apa nak jadi ni beb??? Hahahaha, tak sangka lah sial, aku ada kawan perangai macam ko ni... ko ni nak jadi menteri ke nak jadi perempuan pakai buang beb??? takpew, lepas ni, ko nak jadi apa pun, lantak ko ah, pergi jahanam jauh2...

Kepada para pembaca sekalian, korang nak kata aku apa??? aku garang, aku emo, aku ikut perasaan? korang tak tahu perangai sebenar aku kat luar nih, duk jer diam2... tak payah nak judge aku berdasarkan dunia internet ni semata-mata... sapew yang berkawan ngan aku kat luar nih, dia tahu laaaa perangai sebenar aku... dengan member, aku ok jer, cool, baik, tak nampak lansung sifat emo aku... lagipun, ini blog aku lah sial, suka hati aku laaa, undang2 aku sendiri...

so, lepas nih apa nak jadi, jadi r... aku taknak tengok muka engko lagi... perempuan zaman sekarang, MOST OF THEM sama jer!!!!!!!!!!!!!! well, most of them, not all... macam dek kata senior aku, demand jer tinggi, bajet jer lebih, tapi buruk, tak reti sedar diri, buat baik ngan dia, dia pijak kepala kita, dah kena TEBUK TUPAI pun...

lepas2 ni, kalau ko nampak aku, ko lari laa jauh2 yer??? nampak aku kat dunia internet, ko block lah aku awal2 yer??? Sebab kalau ko tak lari, silap haribulan, engko aku ludah jer wei... geli lah sial, GELI ada kawan macam ko... bukan aku yang berlendir, engko tu yang berlendir dengan air 'money' lelaki... haik puit...

ok, tengs, salam

Tuesday, August 23, 2011

Berat Tangan Aku Nak Taip




Huh, salam... 22/8/2011
tarikh yang aku takkan lupa, takkan sesekali lupakan ni semua...
Masa aku nak tulis entry nih pun, aku pkir kat 5-6 kali..
Kalau aku tulis, orang mesti cakap aku ni jenis berlendir macam orang tu cakap...
Hahahaha, semalam memang takleh nak tdow lansung...
Kat sini, aku cuma nak cakap, pada sapew2 manusia yang rasa ada tak puas hati ker apew, datang jumpa semuka terus, tolong, berterus-terang... At least pun, boleh call, terus terang... Tak perlu nak kutuk aku, hina aku belakang macam tu...
First of all, pernah ke aku harapkan perasaan aku ni dibalas???
Dah berapa kali aku terus terang yang aku tak pernah mengharapkan apa-apa dengan semua pemberian aku tu semua???
Tak sangka, aku difitnah dan diburukkan sebegitu rupa, takpew2, sesungguhnya aku sedang berpuasa...
Tak sangka, memang aku tak sangka, based on story kat photo yang aku baca tu pun, memang aku tak sangka... Kenapa ko masuk lam idup aku dulu??? Januari 2011, kenapa ko masuk lam idop aku??? Siapakah yang memulakan ni semua??? Maaf, aku rasa aku ada hak nak post benda ni kat blog aku, ini hak aku, lagipun, setelah nama aku tercemar sebegitu rupa, aku rasa hina, malu...
Arhhh, pada sapew2 yang nak persoalkan apa yang terjadi tu betul atau tak, boleh mesej aku, boleh tanya terus kat aku, sebarang persoalan boleh terus tanya aku...
Aku pun malas nak hurai panjang2.... Aku percaya Allah bersama-sama ngan aku...
Dan segala pemberian aku tu, aku ikhlaskan, aku halalkan, aku tak pernah pun tuntut balik tu semua...

Kat member serumah aku ni pun, aku dah pesan, kalau-kalau ada posmen sampai n nak kasi barang/surat atas nama aku, cakap jer
'tak pernah wujud nama Nik Muhamad Hariz bin Mat Riffin kat rumah ni'...
Tolong jangan sakitkan hati aku lagi dengan tengok benda tu semua... aku taknak tengok
Aku pun dah tarik balik confession aku tu dulu semua, semua kata-kata tentang hajat masa depan aku tu, aku tarik balik semua... Terima kasih banyak2...
Assalamualaikum...

Sunday, August 21, 2011

Kenali Orang Yang Menyayangi Anda

Jeng jeng jeng... hangat tak tajuk entry kali ni??? Tajuk jer ganas, isi tak tahu la ganas ke tak... Ahakz, :P
Sambil2 tunggu sahur, rasa gatal nak menaip jer tangan ni... Biasa r, kalau sehari tak tekan keyboard ni, tak sah!!!!! ahahahha.... ermmmm, ehermmmm, uits, sedar tak sedar tak sampai 10 hari lagi tinggal nak poser... :(
Elehhh, korang suka la tu, suka la tu... ahahhaha... Habis bulan poser, boleh la korang kuar date ngan pakwe-pakwe, makwe-makwe masing2 kan kan kan??? Ahahahhaa... Jaga, jaga... Poser tak poser, ingat batas masing2... :)

Baiklah, kita teruskan ke isi kandungan entry kali ni... Tiba2 jer... Entah la, seminggu dua ni, ramai plak kawan aku yang datang share masalah ngan aku... sodih aku, ermmm, member punya pasal... tapi maafla kawan, saya bukan doktor cinta :) saya hanya kawan... Dalam ramai-ramai member aku, ada la sorang kawan aku yang jauh ni tanya, ahakz... Dia tanya, Hariz, macamana erk kalau nak tahu orang tu betul2 sayang kita ke tak??? Lolx, aku ni ada muka macam kaunselor ke?? ahahahha, takpew Di, disebabkan ko ni kawan aku, aku share la sikit2... Untuk pembaca sekalian pun, aku share kan jugak kat sini :)

Tapi ingat, apa yang aku nak share ni, bukan nak aim sapew2 ke apew ke, tapi ada sedikit dari pengalaman n pemerhatian aku kat sekeliling... Baiklahhh, petanda pertama:-






1. Sebagai pasangan yang saling menyintai pasangan masing2, anda boleh tahu tahu jika pasangan itu benar2 menyintai anda berdasarkan tutur kata dan panggilan manja terhadap pasangan masing2... Bagaimana??? Jika pasangan anda benar-benar menyayangi anda, si dia hanya akan menggunakan panggilan manja (contohnya: busyuk =.=') hanya terhadap anda seorang... Si dia tidak akan sekali-kali memanggil orang lain menggunakan panggilan manja antara anda berdua... Jika ya, bertuahlah anda, si dia menyayangi kamu :)

2. Yang kedua, anda boleh menilai kasih sayang seseorang itu melalui layanan si dia terhadap anda... Seseorang yang penting dalam hidup seseorang pasti mempunyai cara layanan yang khusus untuk orang yang disayanginya berbanding orang lain... Seseorang yang menyayangi anda akan sentiasa menggembirakan hati orang yang disayanginya, sentiasa mengambil berat meskipun sewaktu dilanda musibah dan masalah... Jadi, tepuk dada, tanya diri sendiri... Istimewakah anda dalam hidup si dia berdasarkan layanannya selama ini??? Jika ya, bertuahlah anda, si dia menyayangi kamu :)



3. Yang seterusnya, bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, pernahkah pasangan anda mengungkit-ngungkit untuk meninggalkan anda atau si dia meminta untuk anda meninggalkannya??? Jika ya, anda harus mengambil serius dengan memikirkan untuk meninggalkan si dia kerana seseorang yang menyayangi kamu tidak akan pernah melepaskan kamu pergi... Untuk berkongsi kasih sayang dengan madu pun, si isteri tidak sanggup, apatah lagi meninggalkan anda jika dia benar-benar menyayangi anda... Jika anda dalam dilema dengan petanda yang ketiga ini, anda sebenarnya sedang dibenci olehnya... :)


4. Yang keempat, sudah menjadi asam garam dalam sesebuah hubungan itu apabila berlaku salah faham yang membawa kepada pergaduhan... Anda boleh mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk menilai kasih sayang pasangan anda selama ini... Si dia boleh memarahi anda jika betul ada salah dan silap yang di lakukan, kerana marah itu tandanya sayang.. :) tetapi.... setiap dalam sesuatu itu, ada batasnya... Celik mata, buka minda, jadi bijak... Jika sewaktu pergaduhan itu berlaku, pasangan anda sering memaki hamun atau mengeluarkan bahasa kasar dan kata-kata kesat, anda harus sedar... Si dia sebenarnya sudah bosan atau benci dengan anda... :)

5. Yang kelima, sesuatu yang jelas, jika pasangan anda sering memarahi anda kerana sesuatu kesilapan yang kecil, suka membesarkan sesuatu hal yang remeh temeh, suka menengking anda di khalayak ramai, atau lebih teruk, sudah pandai memukul anda, maka ambillah langkah yang serius untuk meninggalkan si dia kerana masih ada orang lain yang sedang menunggu untuk mendapatkan keikhlasan cinta dari anda yang sebenarnya... :)

6. Yang seterusnya, cemburu dalam sesuatu hubungan sememangnya sudah menjadi adat resam dalam dunia percintaan... Seseorang pasangan itu akan menjadi seseorang yang mudah merasa cemburu atau sensitif apabila dia sedang menyintai dan menyayangi seseorang... Tanda seseorang itu cemburu amat ketara apabila si dia sudah pandai merajuk kerana dia sebenarnya inginkan perhatian lebih dari anda... Si dia juga akan berusaha mengongkong kebebasan pasangannya dek kerana cemburunya yang meluap-luap... Jangan terkejut apabila pasangan anda tiba-tiba merajuk atau tidak ingin membalas SMS, panggilan dari anda... Jika si dia mempunyai petanda-petanda begitu, bertuahlah anda... :)

7. Sebagai sebuah pasangan, pasti anda pernah menghadiahkan sesuatu kepada si dia yang istimewa, bukan??? Semestinya, anda menyintai si dia seikhlasnya, namun bagaimana pula dengan si dia??? Jika si dia pandai mengucapkan terima kasih dan penghargaannya terhadap anda, bertuahlah anda... Jika si dia menganggap hadiah yang diterimanya itu istimewa, menghargai pemberian anda dengan seikhlasnya, dan sanggup menjaga pemberian itu lebih dari nyawanya sendiri, bertuahlah anda... Anda sedang disayangi :)



Ahakz, sebenarnya ada banyak lagi petanda jika seseorang itu menyayangi kita... Tapi nasihat aku, jika anda menyayangi seseorang itu, berterus-teranglah dengannya :) Risiko masing2 tanggung... :P Jika Allah tidak mengkehendaki anda bersamanya, percayalah, masih ada seseorang yang lebih baik sedang menunggu anda... Jika si dia tidak menghargai cinta yang anda berikan, percayalah, masih ada orang lain yang lebih pandai menghargai pemberian cinta anda yang ikhlas itu :)
Kepada pasangan kat luar sana tu, berhati-hatilah dengan cinta... Jangan cuba menipu dengan cinta... Tidak semua pasangan itu jahat dan tidak semua pasangan itu bodoh seperti yang anda sangka... Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat bersahur...
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Thursday, August 18, 2011

Berdoalah ^_^

Assalamualaikum semua...
Hari ni hari khamis... Hohohohoho... Cepat2 la masa berjalan, nak balik Kelantan :)
Ahakz, kali ni aku nak bagi nasihat untuk semua yang membaca dan diri sendiri... Alhamdulillah, hati aku tenang, sangat2 tenang sejak aku 'stay away' dari segala punca masalah dan gangguan lam hidup aku... Yup, bagi aku, anda bukan sesiapa, hanyalah masalah~~~ Terima kasih atas nasihat anda selama ini yang meminta diri ini untuk berhenti men(!^t@! diri anda... Oooops, maaf pembaca, ada sedikit ayat yang ditapis disitu, hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ahakz :P

Ok2, dalam tenang, sememangnya masalah tidak akan berhenti kunjung tiba kan? Aku turut kesian untuk kawan aku yang palingggggggggggggg aku sayang kat penang ni, nama dia Anique... Cumil kan nama dia??? Macam tuan dia... Tapi sorry la kepada semua GIRLS kat luar sana tu, dia ni da berpunya, NOT available :P ahahahha
Ni gambar dia...



Jangan terpikat tau, ahahahha... Dua dua NOT available, aku taknak cari masalah lagi da... Lolx lolx lolx... cam poyo jer... N ada sedikit keterangan di sini, kami BUKAN GAY!!! nak elak fitnah katakan :)

Anique ni rapat gila ngan aku, kitorg kongsi macam2.. pasal story idop kitorg, masalah kitorg, pengalaman kitorg, saat manis kitorg, erkkkkkkk, benda2 sendirian berhad macam berus gigi jer kitorg tak kongsi :P ahahahha... Dua tiga hari ni, di saat aku bergembira dengan nikmat hidup ni, kawan aku ni banyak tul masalah dia, biasa r, orang ada bini... Sorry la Anique, aku kutuk ko dalam blog aku kali ni, hahahahha....

Anique ni pun tak lari dari masalah, macam remaja-remaja lain... Masalah family pun ada, n masalah ehermmm2 pun ada... Anique, sorry la, aku sebagai kawan ko, aku hanya mempu jadi pendengar yang setia dan hanya mampu memahami apa yang kau kongsikan tu, tapi aku tak mampu nak bagi nasihat da... Aku bukan apew, takut2 kalau orang kata aku ni macam batu api ke, apa ke... Sebab tu la, tiap kali ko cerita, aku senyap jer, no komen... Pasal nasihat member2 serumah yang lain tu, ko jangan la ikut sangat... N yang penting, jangan biarkan hidup ko dipengaruhi oleh orang lain macam aku ni dulu :)

Macam aku kata, lagipun ko sayang lagi kat dia, aku tahu... Ko ikut jer kata hati ko tu tau, tapi hati2... Ikut kata hati bertemankan akal fikiran yang waras, jangan 100% percaya ngan kata hati, nanti binasa, macam aku.... :/
Aku sebagai kawan mampu berdoa jer untuk ko, dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk ko... Lagipun, ko ngan awek ko tu, dua dua kawan baik,bagi aku, takder lebih, takder kurang... Korang sentiasa yang terbaik ah :)

N aku pun nak kongsi sesuatu yang bernilai kat sini, khas untuk ko, Anique, orang lain pun boleh amik wat amalan :) Benda ni aku dapat dari kawan gak, n aku rasa, tiba masa untuk aku pulak bagi kat kawan2 aku yang ada masalah camni :)


ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..

jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..

Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..

Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...

Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....

Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......




Ok, Anique??? tu jer aku mampu tolong ko, n maaf banyak2 la wei kalau ko rasa tak selesa dengan perangai aku sepanjang ko berkawan ngan aku :) ewwww, ahakz, tu jer untuk hari ni, ok, tengs, Assalamualaikum :)

Saturday, August 13, 2011

Kontest Menang Duit Raya

Ahakz, Bismillah~~~ Mintak2 menang, hahahhaha... Kalo menang, rezeki Allah la orang kata kan??? Rezeki jangan ditolak, tapi perlu dicari... Bala pula tolak jauh2 dan jangan dicari... Hehehehe...

Ok ok... Entry kali ni lain sikit dari yang lain, masa duk blogwalking, terjumpa pulak pasal Kontest Menang Duit Raya ni... Pastu tiba2 rasa nak joint, kang, manalah tahu, dapat rezeki raya tahun ni, lagipun, menunggu masuk waktu berbuka, ada lagi sejam, hehehhe... Ok ok, jom, aku intro kat korang... Kontest ni terbuka kat semua warga blogs yang masih hidup, bukan untuk yang dah meninggal yer... Ia dianjurkan oleh Puan Bee...

Kalau sapew2 rasa nak joint, joint la, serius beb, macam best bunyi benda ni... Hadiah pun mampu memikat Perdana Menteri tau, ahakz $.$
Sekali lagi nak btau, kalau nak joint, tekan jer

Meh aku nak btau antara hadiah-hadiah menarik yang Puan Bee ni sudi nak kasi kat kita, antaranya RM500 (WANG TUNAI ATAU BARANG . BELUM DI TENTUKAN DARI MYGLOBALNETWORK)pastu bukan tu jer tau, banyak beb...
-3 x RM 10 top up untuk peserta dari upprofits blog
-Pakej Agent (A) topup yang bernilai RM100 Dari Agent topup azrijohan blog
-
Barang kecantikan – Injection Vitamin C + Collagen yang bernilai RM250..Dan injection vitamin C Mita C daripada Japan bernilai RM150 dari Adamhaiqal blog
-
3 license keys kaspersky internet security 1 user 1 year ( 2011 version )  dari blogoraitlah.com
-
Sebuah Hosting dari JOMhosting..100MB space ..5G Bandwidth Dari blogchips
-
Wang tunai RM50 dari esempoi
-
Mary Kay Eau De Parfum 50ML bernilai  RM125 Dari juenieta tetikus rosak
-
3 x rm10 top up dari minda sasterabahasa
-
sekotak VCO dari kak pah k-po
-
3 buah buku pendapatan melalui internet tajaan  my.mustafa
-
1 set perfume untuk lelaki dan wanita, ( 2 set kesemuanya dari one drop @ perfume paradise ) (tukang sponsor minta dirahsiakan  :)  )
-
RM50 dari malaysianetworks.com (pesanan penaja , kalau rajin sila lah register sekali
-
cash rm100 dari dinsblog
-
2 pcs pen drive dari kak ross
-
sepasang contact lens (original from korea) yang bernilai RM30 dari BEAUTY KOREAN LENS.
-
CASH RM50 dari Afiffuddin.com|
-
sponsor dari warrnie 

1) 1 Iklan banner bersaiz 468 x 60 piksel selama setahun bernilai RM153 di blog  http://www.bluedianthus.com2) 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com
-rm30 dr http://ainunmardhiyyah.blogspot.com/
- 2 Helai kain batik sarong serawak dari ummieross
-
Lapik pinggan dan table runner , hasil jahit tangan kraft dari CThoney
-
shayla a.k.a shawl plus pin tudung & sekeping FM Qatar dari lela-lelord





Mak aisyhhhhhhhh, banyak adiah kan kan kan??? Alaa, tipula kalo korang kata taknak joint, antara rajin dan malas jer, ahakz :P Kalo tak caya, klik link kat bawah nak tengok adiah2 dia



Nak joint??? Heheheheh, kalau nak joint, bolehla semak syarat2 penyertaan kat link yang diberi kat atas tadi, takpun klik jer kat sini lagi... Jom joint ramai-ramai, joint tau jangan tak joint...

And jangan lupa, Puan Bee juga menjual produk kecantikan kulit yang tengah femes sekarang, hik3... VCO softgel... Kalau sapew2 nak kulit yang sihat lagi cantik tu, boleh la contact Puan Bee kat sini...

Nak tahu produk apew??? Cek kat bawah ni haaa...



* PENGENALAN VCO SOFTGEL*
* KEBAIKAN VCO UNTUK WANITA HAMIL *
* KEBAIKKAN DAN KHASIAT VCO *
* HARGA JUALAN VCO *
* ATURAN PEMAKANAN VCO *


Ha, sambil2 joint kontest ni, boleh la korang shopping sekali kan??? Hahahha, HAH, tunggu apew lagi??? Kalo nak joint tu, cepat2  lah bertindak... Tarikh tutup kontest ni pada 25hb Ogos 2011... Sapew lambat, dia rugi... Hik3...

Kontest Hari raya ini di anjurkan oleh puanbeeDOTcom dengan kerjasama myglobalnetwork dan hadiah di taja oleh MyglobalnetworkUpProfits , Agent Top up, Adamhaiqal , Oraitlah.com , Lela Lelord , kakpah , Chipscokelat Esempoi , juenita mary kay , mindasasterabahasa , Kakpah k-POH , my.mustafa ,  ctHoney kraft ,ummieross , malaysianetworks.com , Dins Blog , kak ros  ,  BEAUTY KOREAN LENS. , Afiffuddin.com , warnnie , ainunmardhiyyah


Hidup dan Bahagia... Bahagia dengan Hidup...




Kita sering melihat dan mengatakan, alangkah bahagianya dengan kehidupan seseorang itu, "ahh, aku ingin hidup sepertinya"... Alangkah baiknya jika kita begitu, jika kita begini, dan terus terusan kita ingin memiliki kebahagiaan yang orang lain miliki... Kesudahannya, jika kita tidak merampas kebahagiaan seseorang itu, kita akan terus-terusan untuk bersaing bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik atau setaraf dengan sesuatu kebahagiaan yang orang lain itu miliki...

Dan akhirnya, kita menjadi lebih kurang seperti kata Prof. Muhaya, kita ingin memiliki sesuatu yang tidak kita kehendaki dengan duit yang tidak kita punyai, untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang tidak kita sukai... Hidup menjadi sentiasa cemburu dengan kurniaan yang orang lain miliki... Si pemilik kereta cemburu dengan si pemilik motor yang laju dalam mencapai sesuatu destinasi, manakala si pemilik motor cemburu dengan si pemilik kereta yang memiliki kenderaan yang lebih terlindung dari hujan panas... Tidak merasakan Allah s.w.t itu adil dalam pemberiaan kurniaan-Nya... tidak kurang juga dengan pemikiran yang mengatakan Allah s.w.t itu bersikap pilih kasih dengan hamba-hamba-Nya... Nauzubillah...

Kejamkah Allah??? Atau kita yang buta mata, buta hati, buta akal pada semua nikmat-Nya yang tidak pernah dikira itu??? Nikmat yang tidak dikira atau tidak terkira??? Terfikirkah kita??? Berapa ramaikah dari kita yang tidak mengeluh bangun setiap pagi, setiap hari memikirkan rutin sebagai bapa, ibu, anak, guru, pelajar, dan sebagainya??? rutin sebagai watak dalam sesuatu sistem kekeluargaan, sistem pekerjaan, sebagai itu.... sebagai ini.... berapa ramaikah antara kita yang tidak mengeluh??? Berapa ramaikah yang terlalu rindu dan impikan ketenangan dan kedamaian dek kerana hambatan masalah yang tidak kunjung padam??? Jika disenaraikan segala masalah, pasti tidak pernah wujud rasa ingin bersyukur, kenapa nak bersyukur atas segala masalah yang menimpa, bukan???

Namun, cuba pula kita berhenti seketika, merenungkan kembali, menarik nafas sedalam-dalam beserta ucapakan kalimah La ilahaillallah... Betapa wajibnya kita bersyukur di atas segala rutin-rutin hidup ini yang dirasakan sungguh membosankan, sungguh membencikan... Kerana apa, kerana sekurang-kurangnya, kita sebagai hamba-Nya MASIH ADA RUTIN YANG BOLEH DILAKSANAKAN...


jika rutin mu sebagai ibu, bermaksud kamu masih mempunyai anak
jika rutinmu sebagai pekerja, bermaksud kamu masih mempunyai kerja
jika rutin mu sebagai suami isteri, bermaksud kamu masih mempunyai pasangan hidup
jika rutinmu sebagai pelajar, bermaksud kamu adalah dalam kalangan orang berilmu
jika rutin mu adalah hanya menyelesaikan masalah, bermaksud kamu masih hidup untuk menyelesaikannya....


Tertanya-tanya??? "Jika begitu, mana mungkin akan hadir ketenangan dan kebahagiaan??? Semua sibuk, semua masalah..."?

Bertenang, dan bersyukurlah!!! Ya, itulah punca sebenar dalam mencari erti ketenangan dan kebahagiaan sebagai hamba-Nya... 

Apabila dapat melihat wajah ibu, bapa, anak-anak, suami, isteri, bersyukurlah kerana mereka masih ada- itu bahagia

Apabila dapat melihat dapur berasap, rumah yang ada, bersyukurlah- itu bahagia

Apabila melihat timbunan assignment, fail di atas meja belajar/bekerja, bersyukurlah- itu bahagia

Apabila sahaja pandangan kita menerbitkan rasa syukur, pasti bahagia akan tiba... kerana............. MASIH ADA orang yang lebih hebat penderitaannya berbanding kita...  Anda memikirkan penderitaan anda, bagaimana pula dengan penderitaan saya??? Saya memikirkan penderitaan saya, bagaimana pula dengan penderitaan mereka di luar sana??? :(

Ya, benar, ada di antara kita telah tidak tertanggung rasanya... pulangkanlah bebanan itu semua kepada Sang Pencipta... Bukan dengan cara memaki hamun, sentiasalah tenang meskipun menanggung penderitaan itu semasa bergaduh dengan orang lain... Berserahlah kepada-Nya, keluarkan keluh kesahmu kepada-Nya, bukan kepada orang lain... Kerana hanya Dia yang sangat memahamimu, bukan insan lain... Dan hanya Dialah yang berkuasa dalam membantumu...

Ketahuilah, masalah itu dan tugas itu hanyalah sementara... Seseorang ibu hanya sibuk apabila anaknya itu masih kecil, dan ringanlah tugasnya apabila anak itu meningkat dewasa dan pergi.......... Seorang pasangan hanya sibuk dengan tanggungjawabnya apabila pasangannya masih ada, setelah meninggal......... Seorang pekerja pasti sibuk ketika khidmatnya masih diperlukan, setelah itu...........

Ketenangan dan kedamaian yang kita impikan itu sangat murah harganya sebenarnya... Ia akan datang sebagai PERCUMA bersama pakej yang kita tidak sesekali duga atau mahukan, kerana... itulah DUNIA... Kehidupan akhirat jualah yang ideal... Oleh itu, belajarlah menuturkan syukur... kerana apabila kita bersyukur, ketenangan dan kebahagiaanlah yang akan mencari-cari kita... Sedarilah, kita sebenarnya sudah kaya dengan bahagia... Atau sekurang-kurangnya, apabila kita telah kehilangan hidup itu, bersyukurlah kerana kita telah diberi kesempatan untuk merasa apa itu 'hidup' yang telah pergi...

Sebenarnya, hiduplah bahagia itu...




Tuesday, August 9, 2011

Maaf Kengkawan

Assalamualaikum semua...

Di bulan ramadhan yang mulia ini, ingin hamba mengambil kesempatan mengucapkan maaf kepada sahabat handai, rakan-rakan, kenalan-kenalan, makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, bapa-bapa, ibu-ibu yang ada terasa sakit di mana-mana, ada berdosa dengan sapew2, ada terpukul kat mana2, ada terumpat dengan sapew2, ada terkurang ajar, ada tersinggung, dan segala jenis yang ada-ada ni lahhh, ahakz...

Sebelum meneruskan lagi entry ni, izinkan hamba bertanya khabar kepada anda semua, sihatkah semua yang ada nun jauh di mata, dekat di hati??? jika sihat, alhamdulillah dan sihatlah hendaknya yer... Yang tidak berapa sihat, baik fizikal mahupun emosi, hanya nasihat dan doa yang hamba mampu bekalkan... ambillah peluang di bulan ramadhan ini untuk mencari hidayahNya dan petunjukNya... Belajar untuk memperbaiki diri kita sendiri walaupun banyak kelemahan kita dan banyak yang perlu diperbetulkan, setiap insan pasti ada keburukannya, ada kelemahannya, begitu juga hamba... Kenali dulu diri anda sendiri yang ambillah langkah yang sewajarnya... Di bulan Ramadhan ini, syaitan pun dah kena ikat, jadi, personaliti anda di bulan Ramadhan ini adalah personaliti anda yang sebenar!

Ermmm, 2 minggu lebih jugaklah hamba tak update blog ni yer, bukan apa, tapi hamba memang takder mood nak bukak internet, nak main intenet, sekadar on laptop, tengok citew, download, tengok citew.... Main game pun malas, nak kata busy, takder la busy sangat... So, maaflah kepada semua yang tercari-cari atau yang tidak dapat hamba luangkan masa untuk kalian di saat anda memerlukan saya...

Cerita lama, hamba sudah tutup buku... Diri ini sememangnya seorang yang tidak berguna, insan biasa, tiada istimewanya, seorang yang sangat emo, tapi inilah personaliti hamba, harap maaf andai tidak dapat terima... Hamba juga sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik, namun apakan daya, setiap insan ada batasan dan takdir juga telah tertulis... Maaf sekali lagi.. Namun, hamba akan sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik, baik untuk anda, kawan-kawan, ahli keluarga, dan sesiapa saja yang mengenali hamba, harap diberi kesempatan, diberi masa dan ruang...

Tersentuh hati ini untuk men-update blog ni hari ni, kerana hamba sedar, banyak sungguh silap salah dan dosa yang telah hamba lakukan sepanjang mengenali anda, rakan-rakan, kenalan semua... Jadi, wujudlah entry ni pada hari ni... Kepada anda semua juga, maaf andai kata kita tidak dapat luangkan masa untuk sama-sama berbuka, sama-sama berterawikh di bulan mulia ini, dan mungkin juga tidak dapat luangkan masa untuk sama-sama menyambut hari raya aidilfitri nanti...

Insya-Allah, 24 Ogos, hamba akan sampai di bumi Kelantan dan sekiranya ada masa, bolehlah kita keluar bersama-sama nanti kengkawan... Herm, rasanya setakat ni sajalah dulu, kalau hamba tulis panjang2, kalian pula yang malas baca... huhuhuuh... selamat meneruskan ibadat berpuasa... Hari ni korang berbuka ngan ape??? Rindu plak makanan Kelantan... Oklahhh kengkawan kalian semua, semoga berjumpa lagi, keep contact, sekian, Assalamualaikum :)