Hahahahahha, pukul 1.26 pagi... Sambil2 menyelami kisah-kisah teladan n sambil tengok one piece...
Kali ni aku nak post tentang kisah seorang pejuang muda yang bernama Harithah bin Syuraqah...
Harithah/hariz/harith/haris mempunya maksud yang sama dalam nama-nama Islam... Dan maksud kepada nama-nama ini ialah penjaga atau pelindung... (maksud nama aku la tu ^^)
hahahhaha, ok2... entry kali ni aku nak konsikan tentang kisah seorang pejuang muda yang bernama Harithah bin Syuraqah yang hidup pada zaman baginda Nabi Muhammad saw kita...
Pada suatu hari, ketika baginda kita Nabi Muhammad berjalan di kota Madinah, beliau berselisih dengan seorang sahabat yang bernama Harithah bin Syuraqah.
"Harithah! Bagaimana keadaanmu pagi ini?"baginda bertanya.
"Ya Muhammad! Pagi ini aku telah mencapai hakikat keimanan." jawab Harithah..
Mendengar jawapan tersebut, Nabi Muhammad bertanya. "Apakah buktinya dan dimanakah bukti akan hakikat keimananmu?"
"Cinta pada dunia telah hilang dalam diriku sehingga nilai emas dan batu sama sahaja di mataku. Seolah-olah dalam mataku dengan jelas aku dapat melihat arasy tuhan, penghuni syurga mendapatkan nikmat di syurga manakala penghuni neraka menerima azab di neraka. Ya Rasulullah! Pada malam aku bermunajat dan di siang hari aku berpuasa." kata Harithah.
"(Engkau) adalah hamba Allah yang telah memperoleh cahaya di hatimu. Harithah,engkau telah menerimanya, maka jadikanlah ia sebagai amalam." kata Nabi Muhammad kepadanya.
"Wahai Nabi Muhammad! Kau doakanlah aku mati syahid di jalan Allah"kata Harithah. Kemudian, Baginda pun mendoakan agar Harithah berpeluang untuk mati syahid.
Kebetulan di hari itu Nabi Muhammad dan para sahabat keluar dari kota Madinah untuk memerangi orang kafir Quraisy di Perang Badar. Jumlah tentera orang kafir lebih dari 950 orang sedangkan tentera muslim hanyalah 313 orang tanpa memiliki senjata yang hebat. Walaupun begitu, Allah memberikan kemenangan kepada mereka. 70 orang kafir Quraisy terbunuh manakala 70 ditawan. Seramai 14 orang mati syahid dah Harithah adalah salah seorang daripada mereka.
Ketika Nabi Muhammad dan para sahabat kembali dari medan perang, ibu Harithah menemuinya.
"Nabi Muhammad,dimanakah anakku Harithah?"ibunya bertanya.
"Wahai ibu Harithah! Bersabarlah, sesungguhnya anakmu terbunuh di jalan Allah", jawab Nabi Muhammad.
Ibunya mengulangi pertanyaan tersebut dan dijawab dengan jawapan yang sama. Untuk kali ketika, ibu Harithah bertanya "Ya Rasulullah, aku tahu kalau anakku terbunuh di jalan Allah kerana itu yang diingininya. Tetapi di mana anakku berada, di syurga atau neraka?"
"Wahai ibu Harithah,apakah engkau tidak tahu? Sesungguhnya syurga itu bukan hanya satu, tetapi banyak sekali tingkatannya. Dan sesungguhnya anakmu telah mencapat syurga Firdaus, itu syurga yang paling tinggi." jawab Nabi Muhammad.
Ibu Harithah merasa gembira mendengarkannya.
Dan mengikut kisah ini, ahli sejarah mengatakan bahawa ketika Hatihah terbunuh di jalan Allah, dia berusia 17 tahun... Wallahualam
Kejap jer tulis balik kisah ni... huhuhuhu... tu jer kot untuk malam ni, tak tahu nak tulis apa da :)
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Jangan lupa doa tido, Bismikallahumma ahyawaamut... ameenn
Friday, December 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment