Kilat sabung menyabung, langit yang cerah tadi tiba-tiba menjadi gelap..
Adakah ini menandakan kemurkaan Allah s.w.t???
Banyak isu-isu yang dibangkitkan apabila semakin hampirnya PRU tahun depan,
sehinggakan isu-isu hukum Allah dipermainkan demi kepentingan politik sesetengah pihak...
Berdoalah manusia,
Janganlah Ya Allah, Janganlah kerana mereka yang mempermainkan atas nama-Mu itu, kami seisi umat mendapat azab... Janganlah Engkau turunkan bala terhadap kami Ya Allah, lindungilah kami, jauhkan kami dari azabmu, sungguh kami mohon Ya Allah... Selamatkan ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, dan seisi umat yang tercinta walau di mana mereka berada, lindungilah negara Malaysia ini dari kemurkaan-Mu Ya Allah, sungguh kami tidak berdaya, sungguh kami tidak bersedia... Hanya Engkau yang menjadi tempat kami memohon dan tempat kami meminta perlindungan... Amin ya Rabbal alAmin...
Post ini ikhlas terbit dari hati aku selepas aku tengok satu video yang jelas2 ingin memesongkan akidah umat Islam dan jelas2 cuba mempermainkan agama Allah... Terbit dari hati aku, untuk menadah tangan dan berbisik dalam hati agar dilindungi seisi umat Islam dan manusia yang berada di negara ini agar tidak diturunkan bala oleh Allah s.w.t kerana murka dengan sesetengah pihak yang sanggup mempermainkan dengan nama Allah...
Video yang aku maksudkan ialah tentang video yang sekarang tengah hangat di bincangkan dalam laman sosial mukabuku... :((
Kat bawah ni video dia... Subahanallah, moga dijauhkan..
Dan kalau korang betul2 tengok video tu, kat ayat last tu dia bunyi mcm ni
"kalau buat hudud pun, takder gunanya" dan "makin teruk jadinya"
Nauzubillahiminzalik... Astaghfirullahalazim, mulut aku lepas tengok video ni memang speechless... :((
Ya Allah!!! Takutnya dengan bala dan azabMu...
Friday, December 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment