Thursday, October 13, 2011

KISAH BIDADARI SYURGA (untuk lelaki) :))

Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
"Setiap lelaki yang masuk Syurga dia akan menjadi seorang yang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua, Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka, (dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan". mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Allah s.w.t telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna:putih, hijau, kuning, dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik, dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangannya yang mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata." "Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri(bidadari). Mereka diberi kekuatan 100orang ketika makan,minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pendangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka." "Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Sahabat yang dikasihi, kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah di sana bukan di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia ini dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah s.w.t. Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah s.w.t dengan ikhlas untuk mencari  keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya di sana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang masih berada di dunia lagi. Bidadari-bidadari yang berada di syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri yang berada di dunia ini adlaah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di syurga adalah isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.

Terdapat satu kisah mengenai bidadari menanti untuk menjadi isteri orang yang bertaqwa. Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makan Rasullullah s.a.w di Madinah. Do tengah perjalanan, dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakainnya kemas. Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya. "Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman. "Saya dari Iraq" jawabnya "Boleh saya pergi bersama rombongan tuan?" "Boleh". Maka pemuda itu pun bergabung engan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah. Sepanjang perjalanan pemuda tersebut sentiasa membaca al-Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat. Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir, dan munajat kepada Allah. Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tanpa berhenti-henti. Begitulah kebiasaan pemuda itu yang dikerjakannya sehingga sampai di Makkah. Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya berasa kagum. Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Begitu juga dengan pemuda soleh itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinannya. "Wahai anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal erti letih. Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian?" tanya Abu Sulaiman. "Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini, Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan syurga diperbuat daripada batu-bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seorang di antara mereka tersenyum kepadaku dan berkata:"Wahai pemuda! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku."

Setelah itu aku pun terjaga. Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik. Dan mimipi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal erti letih dalam beribadat kepada Allah. Kerana barang siapa yamg bersungguh-sungguh, dia akan dapat. Setelah mendengat kisah tersebut, Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi. Sahabatku, di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan dikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insyaAllah!


Huk3.. Cop!!!! kisah bidadari Allah s.w.t ni aku bukan copy paste semata-mata.. Tapi aku baca sambil menulisnya balik dalam blog aku ni.. Ya, aku taip balik apa yang aku baca dari awal hingga akhir, walaupun ada ayat2 yang aku tidak begitu faham maksudnya :P ... Sewaktu aku melilau-lilau dalam facebook sebelum maghrib tadi, sambil tunggu masuk waktu, aku terjumpa kisah ni dalam wall seorang pengguna facebook... Aku tertarik untuk membacanya, dan sangat berterima kasih kepada beliau, semoga Allah mengurniakan kebaikan berlipat ganda atas kebaikan yang dia buat :))
Apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang, setelah habis membaca kisah ni, aku terfikir, adakah aku juga telah disediakan bidadari-bidadari secantik demikian rupa di syurga nanti?? Adakah layak untuk aku masuk ke dalam syurga-Nya.. Wallahua'lam... Sama-sama kita doakan, serius!!!!!! Aku nak bidadari-bidadari tu... Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu dan tempatkanlah aku dalam Jannahmu... Jika anda seorang lelaki dan membaca kisah ini, mesti anda terharu kan, dengan apa yang Allah janjikan kepada kita? Mesti anda insaf akan segala larangan yang kita  dah buat... :(( MasyaAllah, tempatkanlah kami di tempat-tempat orang yang Soleh, ya Allah... insyaAllah!!! Kita boleh jika kita mahu dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya... Assalamualaikum :))

No comments:

Post a Comment