Kenapa pernah terdetik sekali di dalam hatimu sewaktu dahulu untuk mengenal apa itu erti cinta?
Walaupun engkau telah diingatkan berkali-kali,
kerana cinta itu, hidupmu akan hancur...
Kemanakah azam mu itu selama ini?
Kemanakah perginya impianmu itu?
Kemanakah perginya ambisimu untuk hanya menyintai isteri yang telah selamat diijabkabulkan?
Kenapa engkau gagal menepati janji terhadap dirimu sendiri?
Kenapa engkau masih tidak mengerti?
Hanya dengan mendengar ayat-ayat manis seorang wanita, engkau telah mendustai dirimu sendiri...
Hanya dengan memandang rupa seorang wanita, engkau terkulai layu melutut merayu...
Hanya kerana nafsu dan syaitan yang menjadi perasa, engkau mensia-siakan waktumu, duitmu, dan hidupmu...
Hanya kerana seorang wanita, kini imanmu telah goyang...
Habis segala usaha ibu bapamu, guru-gurumu, rakan-rakanmu,keluargamu, ustaz-ustazah yang membaja agama ke dalam dirimu, sia-sialah segala doa muslimin muslimat yang mendoakanmu...
Kini, hidupmu hampir ke penghujungya, sesuatu yang amat merugikan,
engkau hilang segala-galanya ketika usiamu masih bergelar remaja...
Kini, engkau keseorangan, hanya memori manis yang kononnya cinta sejati menjadi peneman, di sampingmu bersorak-sorak si syaitan gembira...
Kini, wanita itu yang kononnya teman sejati telah berlalu, ternyata si dia hanya mengikut nafsu, syaitan menjadi telunjuk...
Kini, saban hari engkau hanya mampu termengu termenung jauh,
keadaanmu tidak ubah seperti mayat hidup, tidak berkata-kata...
Kini, tiada lagi keceriaan terbit di hatimu, keikhlasanmu itu telah didustai,
si dia telah menikam kamu dari belakang...
Kini, engkau membisu, terbit air jernih dari matamu yang kadang-kadang mengenangkan lagi si dia kembali...
Sesungguhnya, kamulah lelaki yang paling rugi, apa yang mampu terbit kini, hanya perasaan manusia paling bodoh, kerana engkau sememangnya telah diperbodohkan, dan bodoh untuk menyerahkan hidupmu terhadap seorang wanita...
Apa yang ada kini, hanya engkau dan memori sekerat yang terhenti di saat si dia berlalu meninggalkan kamu begitu sahaja...
P/s: Lantak aku la blog aku, nak tulis pantun ke, syair ke, nak berpuisi ke, nak berartikel ke, nak jiwang2 ke, nak berlagu ke, tak suka, tekan pangkah kat atas belah kanan jer...
Satu lagi,
Although i look sad in internet, doesn't mean i don't know how to smile outside,
and although i look happy in internet, doesn't mean i don't know how to cry outside...
Satu lagi,
Although i look sad in internet, doesn't mean i don't know how to smile outside,
and although i look happy in internet, doesn't mean i don't know how to cry outside...



No comments:
Post a Comment