Saturday, December 22, 2012

E.Y.E izinkan selamanya namamu di hati

Lama tak update pasal lagu kan... 22.12.2012
kul 10 pagi...

lagu kali ni nak tulis tentang dari kumpulan E.Y.E
tajuk dia izinkan selamanya namamu di hati :')

lirik dia ni aku copy paste jer la ea... layan~~

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

( korus )
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

( ulang korus )

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman




Friday, December 21, 2012

Aku kena ban garena server

Grrrrr, stress gila arini... adoyai...
Tadi aku gi main game kat cc member aku... aduhh... joint garena la kan...
main punya main, tak sedar yang kitorg main ngan lord dari server cyberstar, lupa nama dia tapi depan depan tu ada bunyi nama "Noob"...







kitorg main la kan, dia di sebelah pihak lawan... main sampai main, kitorg pro (ceh) lawan dia, tak sangka dia mati banyak kali, jadi feeder laaa... satu team kalah, semua feed jer reti, pastu tak sangka yang dia leaver game.. geram la lam hati, ceh leaver rupanya... buang masa tul... kitorang pergi kat platform luar tu pastu kutuk2 la nama dia ckit... tak padan ngan Lord, tapi leaver... Dia tak reti main kitorg takder hal, tapi jangan la jadi spoiler leave game... kutuk punya kutuk, aku kena ban dari server cyberstar... silaka... hahahhahahahah... adoyaiii... nah, amik ss kat atas...

pastu balik umah, dah ada 3 orang ajak in game, baru jer on, rileks lu bro... wa letih.. ekekekekke... try joint cyberstar... sah, aku kena ban... ahahahhahah... adoyai, lawak tul lord cyberstar ni.... geram pun ada.... eekkekekeke... ni namanya entry hilangkan masa di waktu lapang...

Kisah Harithah

Hahahahahha, pukul 1.26 pagi... Sambil2 menyelami kisah-kisah teladan n sambil tengok one piece...
Kali ni aku nak post tentang kisah seorang pejuang muda yang bernama Harithah bin Syuraqah...
Harithah/hariz/harith/haris mempunya maksud yang sama dalam nama-nama Islam... Dan maksud kepada nama-nama ini ialah penjaga atau pelindung... (maksud nama aku la tu ^^)

hahahhaha, ok2... entry kali ni aku nak konsikan tentang kisah seorang pejuang muda yang bernama Harithah bin Syuraqah yang hidup pada zaman baginda Nabi Muhammad saw kita...

Pada suatu hari, ketika baginda kita Nabi Muhammad berjalan di kota Madinah, beliau berselisih dengan seorang sahabat yang bernama Harithah bin Syuraqah.

"Harithah! Bagaimana keadaanmu pagi ini?"baginda bertanya.

"Ya Muhammad! Pagi ini aku telah mencapai hakikat keimanan." jawab Harithah..

Mendengar jawapan tersebut, Nabi Muhammad bertanya. "Apakah buktinya dan dimanakah bukti akan hakikat keimananmu?"

"Cinta pada dunia telah hilang dalam diriku sehingga nilai emas dan batu sama sahaja di mataku. Seolah-olah dalam mataku dengan jelas aku dapat melihat arasy tuhan, penghuni syurga mendapatkan nikmat di syurga manakala penghuni neraka menerima azab di neraka. Ya Rasulullah! Pada malam aku bermunajat dan di siang hari aku berpuasa." kata Harithah.

"(Engkau) adalah hamba Allah yang telah memperoleh cahaya di hatimu. Harithah,engkau telah menerimanya, maka jadikanlah ia sebagai amalam." kata Nabi Muhammad kepadanya.

"Wahai Nabi Muhammad! Kau doakanlah aku mati syahid di jalan Allah"kata Harithah. Kemudian, Baginda pun mendoakan agar Harithah berpeluang untuk mati syahid.

Kebetulan di hari itu Nabi Muhammad dan para sahabat keluar dari kota Madinah untuk memerangi orang kafir Quraisy di Perang Badar. Jumlah tentera orang kafir lebih dari 950 orang sedangkan tentera muslim hanyalah 313 orang tanpa memiliki senjata yang hebat. Walaupun begitu, Allah memberikan kemenangan kepada mereka. 70 orang kafir Quraisy terbunuh manakala 70 ditawan. Seramai 14 orang mati syahid dah Harithah adalah salah seorang daripada mereka.

Ketika Nabi Muhammad dan para sahabat kembali dari medan perang, ibu Harithah menemuinya.

"Nabi Muhammad,dimanakah anakku Harithah?"ibunya bertanya.

"Wahai ibu Harithah! Bersabarlah, sesungguhnya anakmu terbunuh di jalan Allah", jawab Nabi Muhammad.

Ibunya mengulangi pertanyaan tersebut dan dijawab dengan jawapan yang sama. Untuk kali ketika, ibu Harithah bertanya "Ya Rasulullah, aku tahu kalau anakku terbunuh di jalan Allah kerana itu yang diingininya. Tetapi di mana anakku berada, di syurga atau neraka?"

"Wahai ibu Harithah,apakah engkau tidak tahu? Sesungguhnya syurga itu bukan hanya satu, tetapi banyak sekali tingkatannya. Dan sesungguhnya anakmu telah mencapat syurga Firdaus, itu syurga yang paling tinggi." jawab Nabi Muhammad.

Ibu Harithah merasa gembira mendengarkannya.

Dan mengikut kisah ini, ahli sejarah mengatakan bahawa ketika Hatihah terbunuh di jalan Allah, dia berusia 17 tahun... Wallahualam
Kejap jer tulis balik kisah ni... huhuhuhu... tu jer kot untuk malam ni, tak tahu nak tulis apa da :)
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Jangan lupa doa tido, Bismikallahumma ahyawaamut... ameenn

Saturday, December 15, 2012

10 kriteria bakal isteri

Boring, apabila tak tau nak wat apa, mula la rasa nak menekan keyboard kat sini...
Facebook dah buang jauh2... Between u n me, nothing, sorry facebook... hehehhehehe... i hate u so much,facebook.. : P

Hari ni aku rasa nak tulis satu artikel tentang 10 kriteria isteri yang aku nak cari.... OOOppss, tak tak, maksud aku, 10 kriteria isteri atau bakal isteri yang patut ada dalam semua golongan hawa dalam malaysia ni... Amaran keras!! ini hanya menurut pandangan aku, heehheheh... : D

Kita mulakan:-

1. Bakal isteri yang boleh menjadi ikon kepada anak-anaknya suatu hari nanti ;)

2. Bakal isteri yang sentiasa bersedia untuk menyebut "Saya salah, saya mintak maaf" :)

3. Bakal isteri yang sedar akan kesilapan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum menyedari kesilapan orang lain : D

4. Bakal isteri yang sebelum dan selepas menjadi isteri seseorang, tidak melayan atau bergaul bebas dengan mana2 lelaki yang bukan ajnabi, dalam realiti mahupun dalam dunia internet, FB,BLOG,FS, n bla bla bla :P

5. Bakal isteri yang tidak obses dengan alunan muzik dunia dan tidak menjadikan artis2 dunia sebagai ikon hidupnya ^^

6. Bakal isteri yang tidak kenal erti penat lelah dan berputus asa

7. Bakal isteri yang mencintai hanya suaminya setelah diijabkabul dan setia

8. Bakal isteri yang sentiasa menjaga mulutnya,adabnya dan perbuatannya.

9. Bakal isteri yang apabila bersolek, tidak melampaui batas dan solekannya ikhlas hanya untuk suaminya

10. Dan yang terakhir, bakal isteri yang bukan hanya dipimpin, tetapi turut memimpin andai suami ada melakukan salah silapnya atau sang suami pergi dahulu :')


HER HER HER, ini pandangan aku jer... well, aku tahu aku pun bukan mr perfect sangat, tapi tak salah kan untuk aku tulis ni??? kalau ada yang terasa, pandai2 la perbetulkan :))
hihihihihi, mati aku, kena aim la lepas ni, n arap2 takder la plak saper2 yang kuarkan artikel 10 kriteria suami idaman semata-mata nak tembak aku ni... hahhahhahaa, kalo ada, aku tak kisah, aku sentiasa think positive ^^
see? tak kisah pun kalu bakal isteri tu tak cantik, nanti boleh tutup lampu katanya UAI... hahahhaha..
n tak kisah pun kalo bakal isteri tu tak pandai masak, tak kotor dapur nanti, katanya aku, eekekekeke...
lalalalalalalalalalala~~~ gerak lu, olla.. ^^!

Weh, ada orang accident tu

Olla bloggers... buhsan ni, main game pun takder mood (jiwa kacau lagi)
hahahahha...

nak dijadikan cerita, tadi lepas maghrib aku kuar depan umah ni jumpa member kat kedai roti canai femes kubang kerian ni, sambil2 cuci mata tengok novel dalam kedai buku SMO tadi...
*aku ni memang kaki novel sebenarnya, wat saper yang belum tau agi :P
hehehehhe...

Aku ngan member aku tadi, nama dia asrul, da macam adik aku da aku rasa... kat kubang kerian ni, yang dekat ngan umah aku, apa2 hal apa2 banyak gak aku cerita kat dia, dia pun tahu aku camner... huhuhuhu
Sorry la serul, ku seru namamu dalam ni, hahahahhaha... tapi mamat ni, sekali dia main game, toksah duk ceritaa laaa, dia tak pandang da apa yang jadi kat sekeliling dia, hahahhaha, gamer sejati bhai~~~

soooooooo, masa nak balik tadi, ada dentuman kuat kedengaran, DHUMMMMM!!! shreeekkkkkkkkK~~~

Aku ni memang lemah semangat sikit kalo tengok orang accident, takleh tengok ngeri2 beb!!!!

Lepas bunyi dentuman kuat tu, aku tengok si asrul, si asrul tengok aku... hah sudah~~~ sapa plak yang accident tu... kami masuk dekat sikit, ramai wooo orang kerumun tempat tu... check punya check, aku pun tak paham laa macam mana laa keta tu boleh langgat motor yang memang tak gerak tepi jalan tu... aku faham, jalan depan umah aku waktu malam ni memang busy sikit, kedai makan katakan~~ rapat ngan bahu jalan... kadang2 motor pun parkir mcm tu jer tengah2 jalan...

tapi aku tetap hairan, terpikir gak, laju sangat ke pemandu keta ni drive, sampai rosak teruk bahagian depan dia, sampai motor tu terperosok bawah keta dia, isyh3... memang teruh bhai, nasib baik jer takder kemalangan jiwa yang berlaku :)

Bila ramai duk kerumun tempat tu, keluarlah si pemandu keta tersebut, aku pun tak tahu keta apa (aku ni memang tak pernah hafal jenis2 keta lam dunia ni)... lepas je pemandu dia kuar, maka terjawablah soalan aku... pasal apa? hehehehehhe, sebab pemandu tu orang pompuan, ekekekekekekke...

aku memang tak paham kalau pompuan jadi driver, seriously... = ='

haihhhhhh, memang 99% pemandu pompuan lam malaysia ni teruk ke? sorry girls, no offense : P
hehehehehhe.... aku rasa tak, tapi mostly laa kan? ekekekekek... buat kengkawan kat luar sana, especially, girlsss, berhati2 laaa kalo memandu yerrr... kang tak pasal2 ada orang ilang anak.... huhuhuhu.... k laaa, taip punya taip, aku tak perasan dah banyak yang aku taip ni... banyak ke? tak pun~~ hahahahhaha.. .ciao cin caw... ^^

Friday, December 14, 2012

Letto-menyambut janji

OP OP OP, hehehehe...
assalamualaikum :D
wah wah, ni aku nak kongsi satu cerita sikit... ekekekkeke... malam tadi ada game bola sepak penentu siapa yang masuk ke final dalam AFF suzuki CUP... malaysia terpaksa berdepan ngan thailand utk mara ke pusingan akhir menentang singapura... Tetapi, nampaknya malaysia kecundang dengan thailand 2-0 dan secara agregat 3-1... ekekekekeke... adoiii~~~

malaysia gagal mempertahankan kejuaraan AFF suzuki cup pada tahun ini... takper, sabar HM, selamanya harimau malaya... :D

tadi 13/12/2012, aku boring gilaa, lepak umah main game aja.... huhuhuhuhu... ape nak jadi la :P
sebenarnya, hari ni, aku tak tau naper, aku rasa rindu gila dekat si Z tu... rindu sgt2... huhuhu, tapi, patut tak aku call dia? or msg je? hukhukhukhuk

COP, layan lagu lu se round, lagu indon, malam ni aku khayal diulit melodi indon yang bertajuk menyambut janji... jap, link dia kat bawah ni, syiok~~ layan... huhuhuuhh...

Letto, menyambut janji

Monday, December 10, 2012

Wahhh, aku rindu giler blog aku ni...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :))

Wah wah, lamanyer tak lepak sini... tengok punya tengok, cantik gak blog aku ni kan :P
sooooo, sebenarnya tak tau gak apa yg nak tulis ni... maklumlaa, lama x lepak sini...
agak2 skill menulis blog aku ni pun da berkarat lama da...

OK, untuk makluman semua, skrg ni aku kat kelantan... tengah tanam anggur kat sini... HAHAHHAHA...
taktau nak tulis per... huhuhuuh...

Sambil layan blog ni, sambil dengat lagu judika-aku yg tersakiti... feeling gop... huhuhuhu...
Nak cakap camner a, tentang dunia cinta...
Takder yg sempurna lam cinta, betul...
Tapi seorang lelaki yg betul2 mencintai seorang wanita, walau seteruk mana pun dia marah kat wanita tu, atau frust atau kecewa ngan dia, dia mesti kejar balik...
Mungkin itu memang kelemahan seorang lelaki, kadang2 lelaki ni memang susah nak cari yg penyabar... Mungkin dia memang jenis cepat marah, panas baran, tapi ketahuilah, walau seteruk mana dia tengking anda atau marah anda, kalau dia sayang, dia mesti pujuk balik, kejar balik... itu memang kelemahan lelaki, sukar nak tahan marah... dan kadang2 apa yg lelaki cakap tu, pompuan kena dengar gak... apabila pompuan tu wat keras kepala taknak dengar apa yg lelaki tu cakap, tu yang jadi gaduh ler apa ler... zzZ
haahahha... membebel.. k la, len kali lak update sini... n utk pengetahuan korg, aku da tinggalkan dunia FB.. huhuuhuhuh tata titi tutu

Saturday, January 14, 2012

2 Topik tak penting malam ni

Salam to all :))
Setelah sekian lama mendiamkan diri, huk3...
Bukan apa, tak baper sihat dari segi emosi, urmmm : /
lagipun, bukankan silent is the most wonderful music ever : D
Hermmm...

Bak seperti n3 kak juli yg long baca, orang kata penyakit JK...
her her her... apa penyakit JK ni??? penyakit JIWA KACAU... her her her

Isyhh, luah jiwa plak sini, apa daaaa~~~
No matter what happens in our life, negative or positive, life must goes on right??? Remember this, NO MATTER WHAT HAPPEN... :)

ok2, kali ni nak tulis entry pasal satu video yang kita boleh tengok kat utube...
Dulu pernah kecoh sekali tentang nagara yang memang sumer org kenal.. tak kira golongan nenek, atuk, ayah, ibu, anak2 pun tahu, negara yang nak disebut di sini tentang negara Cina... yup, dulu kecoh sebab budak 2 tahun yang menjadi mangsa langgar lari,  n apa yang makin menyedihkan apabila berpuluh-puluh 'manusia' yang lalu lalang di situ wat dek jer... OK, topik tu memang biasa, malah dalam dunia ni, setiap hari, accident berlaku di depan mata kan... Tapi, apa yang membezakan di sini adalah tentang manusia2 yang lalu lalang kat situ macam BUTA... butakah mereka??? oh,tidak..

N minggu ni hangat pula diperkatakan tentang seorang wanita yang ditikam bertalu-talu oleh seorang lelaki sehingga menemui ajalnya di tempat kejadian.. YES!!! memang kes bunuh-membunuh berlaku setiap hari di dunia ini, tetapi, tidak pernah pula kita dengar tentang masyarakat sekitar yang memBUTAkan diri sendiri, wat dek jer walaupun benda tu berlaku di depan mata... oh, come on la china, seorang pembunuh, dan begitu ramai sekali yang berada di tepi hanya mampu melihat, menonton adegan percuma??? seriously??? hilang respect aku terhadap korang sebagai pengamal kungfu... bak kata kawanku, we hate fighting but we love martial arts... we didn't learn martial arts for fighting but we learn them for defending ourselves, out family, our country...

Kalau nak kata takut, takkanlaaa... seorang pembunuh sahaja, berlaku di tepi jalan, dan korang ramai.. mana hilangnya sifat keperimanusiaan ni??? ok2... mengikut yang aku baca kat n3-n3 lain dalam blog lain pun, china memang negaranya melaksanakan dasar begitu... sesiapa sahaja yg dikatakan menolong mangsa yang kesusahan, segala kos akan ditanggung oleh penolong... oh, come on... kenapa korang perlu tunggu wanita tu separuh mati dulu n bayar kos perubatan dia?? this thing can be prevent earlier!!!! seeing a man holding a knife tries to stab a woman on the street, what should u do??? ASK FOR HELP LAAAA!!!! call a few men on the street n beat him up!!!!!!! that woman can be save,  n that man is the one who should be left rotten on the road!!! if the woman hurt, just call an ambulance, left her to them!!!

Grrrr, kesian plak blog aku ni, tak pasal2 menjadi tempat lepas geram kan... =.='} tak sanggup nak share video tu kat sini... hope for better 'mankind' from china =.='

herherher, habis satu topik... kali ni nak share tentang salah satu movie yg aku tengok minggu ni... movie ni hindustan punya,... tajuk dia Taare Zameen Par... movie ni mengisahkan seorang kanak2 yang selalu digelar idiot,stupid,lazy, oleh guru2 dia...  sehinggakan ada seorang guru dia yg sanggup tolong dia... malas la nak citer, nanti korang search nak tengok, nanti aku jadi spoiler plak... tapi apa2 pun, aku sarankan, gud movie lorrrr ^^!

N honestly, masa tengok movie tu, emosi aku kureng stabil...
Kadang2 rasa, diri ini amat bertuah la kan, berbanding insan2 lain yang ramai lagi lebih kurang bernasib baik berbanding aku sendiri...
N kadang2 aku rasa, aku ni macam budak laki tu jer, sama... tapi kadang2 jeles pun ada, mak ayah dia.. :) n jeles lagi sebab rmai sayang dia :))
video ni jugak mampu mengajar manusia untuk tidak mengharapkan sesuatu yang sama dalam diri setiap manusia, tidak semua manusia tu bijak, n rezeki masing2 lain2... juga mengajar manusia untuk tidak terlalu cepat menilai seseorang, tidak hanya tahu menghukum seseorang... setiap bapa memang sayangkan anak mereka, tapi jangan sesekali bandingkan anak2 dengan orang lain, setiap manusia ada had kemampuan yang berbeza-beza dan ada caranya untuk mengajar anak2 untuk belajar hidup di dunia ini, bukan hanya 1 cara :))
Apa yang penting, perasaan anak memang perlu dijaga... Silap cara, anak binasa... : D

Wah2... cam kaunselor plak aku an? : P

herherher, tu jer la kot yang aku nak taip malam ni... Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tuesday, December 27, 2011

Jangan Lupa pada KENANGAN itu

Assalamualaikum all...
Ermmm, pening, pening...
Pening betul kepala hariz ni 2-3 hari ni semenjak hariz sedar yang........
Ehhh, hohohohooh, jap2, mukadimah..
Post kali ni sebenarnya hariz nak tujukan pada 2 orang sahabat yang sangat2 bererti dalam hidup hariz, 2 orang sahabat yang berada jauh di sana,(bukan di malaysia)...

first of all, hariz nak mintak maaf sangat2 kalau nampak hariz ni mcm penyibuk sangat, n hariz mintak maaf sangat2 sebab hariz baru sedar yang hubungan korang dah lama dingin gitu, serius, selama ni hariz rasa hubungan korang biasa jer, n rasa teruk gila2, sebagai sahabat, hariz macam tak tahu dan tak mengerti, sekarang baru tahu.. dah bertahun, baru hariz tahu, hubungan korang memang dingin...

Kenapa yer??? Bila kita ni makin membesar, kita seakan-akan lupa pada kenangan-kenangan indah yang kita pernah ada masa kita bergelar kanak2 lagi... hariz memang tak tahu what's going on between korang, tapi, hariz sangat2 berharap n mendoakan agar korang boleh jadi baik semula dan sama2 bergelak tawa mcm zaman korang kecik dulu...

ermm, jap, otak blurr...
mungkin korang dah lupa, tapi tolonglah~~~ tolong jangan diikutkan sangat perasaan marah atau menyombong, ego dalam diri masing2... korang kawan terbaik hariz pernah ada, sejak menengah rendah lagi, huhuhuuhuh, korang ingat lagi tak??? kat sekolah kk dulu, korang igt tak, hahhahahha, sama jer mcm perangai budak2 pompuan lain, berkepit memanjang... huhuuhuh... ingat lagi tak, adoyaiii, tak kira ke mana, ke kelas arab, ke perpustakaan, ke kantin, ke masjid, sepanjang masa, duk berkepit... ingat lagi tak, masa korang sama2 bergelak tawa dalam kelas, masa kat rumah ustazah tempawan, best sangat2 tengok korang sebagai sahabat baik sama2 gitu... yer laa, hariz laki, simpan lam hati jer la, takkan nak puji kan., huhuuhuh...
N dulu, hariz ni boleh dikatakan bodoh sombong la gak kan??? girl ckp ngan hariz, hariz wat dek jer...
Hariz ingat lagi, masa form 3, kita berempat duk sebelah2, hariz n ejat...
Duduk plak kat belakang sekali, kami memang kaki tdo... n setiap kali terlentuk indah dibuai mimpi kat meja tu la, korang yang kejutkan, uih hariz, izzat, bangun!!!!!!!!! Boring tau, baru nak tdo ckit, hari2 korang bunyi, tolong gerak... adussss...

Serius, best sangat2 time sekolah tu sama2 dulu kan... n hariz pun nak ucapkan terima kasih banyak2 sbb bagi kenangan paling indah masa zaman kecik2 tu dulu... kenangan yang takleh dilupakan... syukran!!

Dulu, masa hariz dapat tahu korang pindah pi naim sama2, korg tahu tak, bersyukur sangat2.. dalam hati hariz terdetik gak laaa, mungkin korang terus boleh enjoy happy2 bergelak tawa sama2 kat sana tu... ketawa sorang2 hariz masa tu, hehehehhe... kemudian dua dua pi matrik perak, eh, sekali lagi ketawa sorg2 mcm orang gila, bila teringatkan kat korang balik... yang hariz harapkan dan fikir masa tu, mesti korang sama2 berkepit mcm dulu2, sama kamcing orang kata...  lepas tu, korang berdua pun dapat gi mesir, ya Allah, korang memang sahabat yang berjodoh orang kata...

tapi.... serius hariz tak faham, macamana boleh jadi dingin gini... masing2 selalu tanya khabar melalui hariz, selalu hariz jadi orang tengah... rupa2nya korang x berckp sama sendiri yer :((
kecewa sangat, sangat2 kecewa... maaf sebab berterus terang gini... masing2 sumer dah besar, apa yang hariz hanya boleh expect sekarang hanya supaya korang boleh baik lagi, tu jer.. please laa, kalo xleh jadi sama2 kamcing cam dulu, at least, berbaiklaaa, have a talk among each other... korang tahu sapa yang hariz maksudkan lepas korang sendiri baca ni... don't make me disappoint on both of u... i don;t want to expect something that unexpected... thanksss!!!
assalamualaikum...

erkkk, hiasan semata2 ;P

Friday, December 23, 2011

YEY!!!! cuti2..

yey, cuti suda... hohohoho... ermmm, seminggu cuti, and..........
aku duk sorang2 kat umah ni =.='
malas plak nak balik... huhuhuuh... semalam siput da balik kl, malam ni plak, kimi ngan anique balik...
si kimon baru nak cari tiket malam ni =.='
zik plak ckp balik esok...
huhuuhuhu...
pastu aku duk sorang2... ermm :((
ermmmm, nak wat per erk cuti seminggu sorg2 ni? =.='
main ngan jeti la, hahahhahah
owhh, lupa plak nak story, kitorg ada pelihara sekor anak kucing, nama dia JETI, hahhahah
bersungguh gila, sanggup bawak pi klinik haiwan haritu =.='
jap ea, upload gambar dia..




Hah, cantik tak??? cute gila gila...
Dia ni la yang akan jadi peneman aku sorang2 selama seminggu sini, HOHOHO...
pakai stoking kat kaki sebelah =.=' hahahhahaha
kepada housemate2 yang gila yang pulang, silalah bawak makanan banyak2 time korang balik sini okies... heheheh... ciao..
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Wednesday, December 21, 2011

Dapat gak online...

Huk3... As salam to all :))

Akhirnya, seminggu takleh on9, hari ni boleh on9 gak... oyeah...
Ermmm, check email, check fb, check blog, jeng3... system error...
erkkk, saper plak yang msg kat chatbox tu??? huh, aku tekan la nama dia kan, ingatkan ada member2 lama datang follow ke apa ke, and.... takleh masuk ==' fake link...
ermmm, eh jap, mcm kenal nama ko letak situ... ermmmm, aa, memang kenal ==' DAMN!!! terpaksa recall memory pasal ko... -.-'

asal ko datang sini??? ko baca chat kat bawah tu ea, please don't come here again, thanks :))
sekali aku ban ko dari idop aku,  jgn harap aku nak terima balik...
ermmmm, mungkin ko patut korek n baca n3-n3 aku yang lepas tu, nak aku tolong??? Nahhh. n3 n3 yg ada bunyi sumpah maki hamun tu aku tuju ko la...

Pendirian aku tegas, simple... aku tahu perangai ko, ko tak perlu datang wat baik kat sini, aku taknak baca ayat ko tu sumer, please lahhh ==' erkkk, tak perlu datang wat baik sini, tapi kat sebelah sana, lain plak story ko, ngutuk aku kat org lain kan? patut aku story all jer perangai ko kat mak ko masa mak ko tepon aku aritu, tapi, well, aku ni  terlalu 'baik' la sampai orang senang jer pijak pala... no more second mistake...
Sekali aku da ilang respect tu, jgn arap aku nak pandang balik walau sebelah mata, got it???
kan da tulis n3 lama tu, sampai bila2... ko faham kan???

Hehehe... sry guys... mengarut merapu sikit kat situ ;)
Nak btau jer kat sini, at last!!! akhirnya aku boleh on9, kalo ada apa2, korang msg la fb aku ea, atau sini pun bole, pasal henset aku, mmg aku can't use right now until further notice :PP hahahhaha
K laa, tu jer nak pesan kat korang, seminggu takleh on9, perghh, rasa cam setahun =='
Addict sangat kat internet ni, damn~~~
huh3, as salam all... :))

p/s: aku memang happy n tak perlu ko susah2 nak dtg bagi ayat alim2, baik2 kat sini, wat letih tangan ko jer ^^


daaaadaaaa :D


Friday, December 9, 2011

Berdoalah Manusia

Kilat sabung menyabung, langit yang cerah tadi tiba-tiba menjadi gelap..
Adakah ini menandakan kemurkaan Allah s.w.t???
Banyak isu-isu yang dibangkitkan apabila semakin hampirnya PRU tahun depan,
sehinggakan isu-isu hukum Allah dipermainkan demi kepentingan politik sesetengah pihak...

Berdoalah manusia,


Janganlah Ya Allah, Janganlah kerana mereka yang mempermainkan atas nama-Mu itu, kami seisi umat mendapat azab... Janganlah Engkau turunkan bala terhadap kami Ya Allah, lindungilah kami, jauhkan kami dari azabmu, sungguh kami mohon Ya Allah... Selamatkan ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, dan seisi umat yang tercinta walau di mana mereka berada, lindungilah negara Malaysia ini dari kemurkaan-Mu Ya Allah, sungguh kami tidak berdaya, sungguh kami tidak bersedia... Hanya Engkau yang menjadi tempat kami memohon dan tempat kami meminta perlindungan... Amin ya Rabbal alAmin...




Post ini ikhlas terbit dari hati aku selepas aku tengok satu video yang jelas2 ingin memesongkan akidah umat Islam dan jelas2 cuba mempermainkan agama Allah... Terbit dari hati aku, untuk menadah tangan dan berbisik dalam hati agar dilindungi seisi umat Islam dan manusia yang berada di negara ini agar tidak diturunkan bala oleh Allah s.w.t kerana murka dengan sesetengah pihak yang sanggup mempermainkan dengan nama Allah...
Video yang aku maksudkan ialah tentang video yang sekarang tengah hangat di bincangkan dalam laman sosial mukabuku... :((
Kat bawah ni video dia... Subahanallah, moga dijauhkan..
Dan kalau korang betul2 tengok video tu, kat ayat last tu dia bunyi mcm ni
"kalau buat hudud pun, takder gunanya" dan "makin teruk jadinya"
Nauzubillahiminzalik... Astaghfirullahalazim, mulut aku lepas tengok video ni memang speechless... :((
Ya Allah!!! Takutnya dengan bala dan azabMu...



Wednesday, November 30, 2011

Aduh,aku tak kenal lagu tu..

Jeng3... Assalamualaikum to all ^^!
arini aku nak letak satu lagu kat sini,
sebenarnya, aku tak kenal pun lagu ni, tapi disebabkan...........................
ermmmm, gini2... tadi kelas BEL(english)
Aku duk satu group ngan geng2 ni, satu group ada 5 org...
Sooo, masa nak balik kelas tadi, lecturer suruh kitorg pilih satu lagu utk nyanyi keesokannya,
n guest what??? Damnnn~~~ aku x suka lagu english n jarang2 sangat dengar lagu english ni,
korang pun tau kan ==' aku minat lagu melayu jiwang rock2 gitu, adoyaii...
n discuss punya discuss, masa tu aku redha jer, suruh diorg jer pilih, aku follow jer,
N guess what??? diorang pilih lagu Bruno Mars(mcm pernah dengar) tajuk Count on me(sumor idop x pena dengar) =='
Sampai umah ni, aku try search lam youtube, sekali dengar, aku apa lagi, terlopong laa~~ :o
susah punya lagu, siot punya kawan =.='

nah sini lagu dia,



dengar jer la lirik dia ~___~"
kena hafal ni, esok nak nyanyi... argh!!!!!!!


If u ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find u
If u ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

U can count on me like 1 2 3
I'll be there and I know when I need it
I can count on u like 4 3 2
And you'll be there, cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If u toss and u turn and u just can't fall asleep
I'll sing a song beside u
And if u ever forget how much u really mean to me
Everyday I will remind u

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

U can count on me like 1 2 3
I'll be there and i know when i need it
I can count on u like 4 3 2
And u'll be there, cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

U'll always have my shoulder when u cry
I'll never let go, never say goodbye

U can count on me like 1 2 3
I'll be there and I know when I need it
I can count on u like 4 3 2
And u'll be there, cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

U can count on me cause I can count on u...

Friday, November 25, 2011

Menghitung hari

Layan~~~~ Ermmmm


Tuesday, November 15, 2011

Head up for reality

Ermmm, kenapa aku perlu terasa sangat ngan kata-kata tu? ==' kenapa yer?
urmmm, salah aku gak, tiba2 jadi feeling touching gitu, setelah sekian lama, tapi.........
huhuhuhu, uwaaaa!!!!!! rasa nak nangis malam ni!!!!!!!! :'( (sabar2,kawal2)
emmm, aku rasa aku perlu bagi masa untuk diri aku sendiri...
Masa untuk aku memikirkan sedalam-dalamnya perkara ni,
masa untuk aku menyepi dahulu dari kehidupan kamu dan mereka semua,
masa untuk aku berhenti dari terus mengadap blog, facebook dan mencari ruang untuk diri sendiri ^^
dan aku rasa aku dah serik untuk mengenal tentang perkara itu dan sudah tidak mahu...
aku sedar tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni, kita akan dapat...
pengalaman mengajarku segalanya, dan aku redha dan pasrah... mampu terima hakikat,,,
Hermmmm,  MAAF, hariz tahu _____ baca benda ni, tapi.... masa sahaja yang menentukan segalanya,
hariz bukan budak yang baik, kita berdua perlukan waktu dan masa...
MAAF sebab secara tiba2 begini, tapi.... kalau ada salah silap, hariz mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, hariz tahu _____ ada terasa dengan hariz semalam, MAAF banyak2... assalamualaikum :))


*stop online, head up for real life*

Monday, November 14, 2011

Kapilla-Biar berjauhan

Jeng3... Saja nak update blog, masukkan lagu jap... Bukan apa, taknak kasi blog ni berkarat jer, kui3...
Lagu ni pun lagu kegemaran aku sejak kecik lagi ugak... Perghhhh, dulu kecik2 selalu pasang kaset dia lam keta ayah aku, hahahhaha... Layan jer laaa, Kapilla, biar berjauhan...




Ni lirik dia,


Biar Berjauhan - Kapilla
Biar menjauh
Dari menghampiri
Agar tak berulang
Kelukaan hati

Biarlah putus
Tak bersambung lagi
Andai diingati
Sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini

Dan bila ku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam

Rasanya sudah terlewat
Untuk ku terima
Tiap kekesalan
Walau berbagai caramu
Tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini

Dan bila ku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam

Rasanya sudah terlewat
Untuk ku terima
Tiap kekesalan
Walau berbagai caramu
Tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu (2x)

Biar menjauh
Dari menghampiri
Agar tak berulang
Kelukaan hati

Biarlah putus
Tak bersambung lagi
Andai diingati
Sedih pun kembali


Monday, October 31, 2011

Ayat Itu Sungguh Sensitif!!!

Salam to all... Oh hidup, begini lah hidup... Bagaimana dengan hidup anda semua? Bagus ka?
Ermmmm, apa yang aku nak tulis malam ni, mungkin bagi sesetengah pihak merasakan itu perkara biasa atau mungkin aku sendiri yang melebih-lebih atau masih sama dengan tanggapan terhadap aku yang aku ini emo semata-mata... Dan mungkin,mungkin,mungkin....

Topik kali ni, tentang satu insan yang selalu ada untuk korang tak kira masa susah,senang,sedih,gembira,dan kadang2 insan ni sudah menjadi seperti insan biasa yang sememangnya sekadar menghiasa hari2 anda atau sekadar seseorang yang selalu ada untuk membantu anda tatkala anda memerlukannya... Sehingga kadang2 anda merasakan sudah lali dengan kewujudannya dan mungkin apabila dia sudah tiada, barulah anda menyedari akan ketidakhadirannya lagi... Dan pastinya, saat itu sudah terlambat :))

Insan yang aku maksudkan ialah mereka yang kita gelar 'ayah,bapa,papa,daddy,bos besar,walid, dan seumpamanya'. Mungkin bagi korang semua, perkataan itu begitu mudah diungkap, begitu mudah ditafsir, begitu lantang dibicara, begitu jelas disebut, tapi bagi aku, setiap kali mendengar ayat itu, bergegar seluruh jiwa raga, terhenti degupan jantung, terbuka luas2 mata dan telinga, dan terpaku seketika... Maaf, mungkin sudah timbul macam2 tanggapan korang semua kat aku kan? Ada yang berbisik dalam hati, aku ini terlalu emosi, mengikut perasaan, tidak tabah, dan tidak kurang juga yang mungkin fikir aku ini seorang anak yang tidak tahu menghargai budi seorang bapa... Mungkin,mungkin,mungkin...

Ermmmm, tapi sabar dulu saudara saudari, bagi anda semua, ayat itu mungkin sekadar panggilan manja anda terhadap bapa masing2, atau sekadar berbunyi sewaktu masing2 ingin membodek mengayat untuk meminta wang saku, wang belanja atau wang berjoli :P
Tapi,tahukah saudara saudari, ayat itu ibarat kata orang membawa seribu makna dan sejuta kenangan bagi insan seperti aku, dan mereka yang telah mengalaminya... Macam aku kata, "bergegar seluruh jiwa raga, terhenti degupan jantung, terbuka luas2 mata dan telinga, dan terpaku seketika" (ceh ayat2)...

Sebab tu la, aku letak tajuk kat atas tu, Ayat Itu Sungguh Sensitif... Memang sensitif, senang betul korang sebut ayat bapa, ayah, papa tu semua depan aku kan??? Tapi bagi aku, ia cukup2 pedih... Sekali korang sebut ayat tu, 10minit aku akan termengu termenung akan cubaan yang Allah bagi kat aku ni... Antaranya??? Antaranya, termenung saat aku kecik2 dulu dipeluk didukung oleh ayah aku, teringat betapa sasanya tubuh seorang ayah itu, teringat betapa erat dan mesranya hubungan kami sewaktu menonton televisyen bersama-sama dan betapa pentingnya nasihat seorang ayah itu dan saat2 nasihat itu terngiang-ngiang di telinga kanan dan kiri, banyak lagi... Nikmat yang korang rasakan sampai sekarang, juga nikmat yang aku rasakan hanya sehingga berumur 12tahun sahaja....

Korang mungkin tak terfikir, betapa mendalamnya untuk menyebut ayat "bapa, ayah, papa dan seumpanya" kerana korang mungkin tak sedar betapa nikmatnya nikmat tu semua atau korang jenis yang tidak lansung menghargai akan nikmat yang korang dapat tu sehinggalah suatu masa, nikmat itu akan pergi, dan yang tinggal hanya memori kelam... Percayalah kawan :)) Hargailah nikmat dan insan yang korang masih ada dan rasa tu... Dan jangan terlalu mudah mengungkapkan ayat itu tanpa kita terfikir akan betapa pentingnya ayat itu sebenarnya :)) Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca apa yang aku mengarut ni, salam :))


Thursday, October 20, 2011

Jangan Kau Rayu - Saleem



Jeng jeng jeng, lama gak aku tak wat post pasal lagu faveret aku kat sini kan, okies2, kali ni, lagu dari Saleen :)) saper????!!! SALEEM!!! oyeah~~  dalam Mlaysia ni sorang jer, yang layak pegang anugerah suara emas..... saper..... saper....... itulah Saleem beb!!! Huhuhuhu,, Kat video tu da ada lirik dia, tapi aku letak gak kat bawah ni..
Copy paste, tak larat nak taip :PP
Lirik dia cukup mendalam, beware all girls ^___^
Heh3 ^___^ layan~~~~


Langkah pergi walaupun pedih
Hati telah terguris tak mungkin sembuh
Jangan ditanya siapa yang silap
Lihat saja di cermin salah siapa engkaukah aku

Jangan kau rayu ( 2X )
Tak guna memujuk
Aku bukanlah alat mainanmu
Cinta kita sampai di sini
Tak guna kau rayu
Aku bukanlah alat mainanmu oh...

Telahku dengari dari teman-teman
Kisah tentang dirimu
Betapa kau curang
Curang padaku

Ku kira semua tohmahan belaka
Ternyata benar tak perlu kau sembunyikan

Tak guna memujuk
Aku bukanlah alat mainanmu
Cinta kita sampai di sini
Tak guna kau rayu
Aku bukanlah alat mainanmu oh...
( 2X )


Takleh tido oi

Ermmm ,salam to all... Huhuhuuh, hari ni dah 20 aribulan ea ^__^
Korang camner? sihat ker??? Huuhhuhuhu, aku??? Aku cam gini r.. :P

Sebenarnya saja jer nak conteng ni, nak cerita ckit.. Huhuuhu, semenjak aku balik umah kelantan ni, memang aku tak pernah masuk tidur sebelum pukul 12 malam :(( Tak tahu kenapa, n seingat aku paling awal tido pun 3.30 pagi... Kalo tak, lepas subuh ler baru tdo, pastu nak siang kang bangun :((

Aku.......
Entah r, tak tahu naper, penyakit susah tdo awal asyik melanda 24 jam... Nak kata disebabkan laptop, tak gak.. Kadang2, internet takder, tapi... walaupun internet takder, aku akan keluar jalan sorang2 pi kedai pohon getah or kedai depan umah aku ni... Walaupun sorang2, minum teh/kopi/nescafe kadang2... Minum jer pun, takder makan2, kadang2 aku duduk situ sorang2 sejam, dua jam untuk habiskan segelas minuman tu :'(

Kawan2 ada gak tanya. naper aku jadi camgitu, cam orang mati bini, lolx =.=' Entah r, huhuhuuh.. Tapi aku tetap aku :PP Walaupun emosi selalu  tak stabil, tapi apabila bersama kawan, aku selalu senyum.. Aku akan sentiasa cuba untuk senyum ketika depan kawan2... :))

Hermm, semenjak dua menjak aku ternak lemak kat umah ni jugaklah, aku selalu tak sedap badan... Kadang2, adik aku Hanis tu aku suruh dia pijak belakang, lenguh~~~ Pastu kasi dia main game dalam laptop ni... Hehehehe... Hermmm, psst, semenjak dua menjak ni gak la, hidung aku selalu kuar darah.. Asal ea??? Cuaca panas sangat kot, tapi takkan kerap sangat :(( Adik2 ngan ibu aku tak tahu benda ni, alaaah, darah sikit jer, biasanya lepas bangun tdo, time nak mandi, aku gosok2 idung ni, n sedar2, ada darah kuar menitik-nitik.. : /

Sekarang, benda ni kerap terjadi, haizz, aku pun kompius... Waktu lain tak kuar, time nak mandi lepas tdo jer kuar... Entah ler, kerap sangat dah jadi ni... Resdung lama aku ker??? Menurut doktor tu dulu, kat sebelah muka aku ni, ada cecair yang tak diundang(dalam kepala), kecik2 dulu buat checkup sinaran ct apabenda entah, yang masuk cam lubang terowong sambil baring tu... Masa tu ler aku disahkan resdung tahap ___ Sebab tu aku kerap bersin+bersin bunyi pelik =.='

Entah ler, aku malas nak pkir benda ni... Salah gaya idup kot, I.Allah, takder apanyer, huhuuuh, tengok r cam sekarang, susah btul nak tdo malam, duk main sini plak, hehehe.. Ok lah geng, aku nak tutup laptop suda... Satgi merenung sorang2 tengok kipas berpusing, cuba tido... :)) Ok la kengkawan, arigos ^____^
Assalamualailum :)

Thursday, October 13, 2011

KISAH BIDADARI SYURGA (untuk lelaki) :))

Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
"Setiap lelaki yang masuk Syurga dia akan menjadi seorang yang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua, Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka, (dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan". mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Allah s.w.t telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna:putih, hijau, kuning, dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik, dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangannya yang mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata." "Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri(bidadari). Mereka diberi kekuatan 100orang ketika makan,minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pendangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka." "Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Sahabat yang dikasihi, kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah di sana bukan di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia ini dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah s.w.t. Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah s.w.t dengan ikhlas untuk mencari  keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya di sana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang masih berada di dunia lagi. Bidadari-bidadari yang berada di syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri yang berada di dunia ini adlaah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di syurga adalah isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.

Terdapat satu kisah mengenai bidadari menanti untuk menjadi isteri orang yang bertaqwa. Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makan Rasullullah s.a.w di Madinah. Do tengah perjalanan, dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakainnya kemas. Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya. "Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman. "Saya dari Iraq" jawabnya "Boleh saya pergi bersama rombongan tuan?" "Boleh". Maka pemuda itu pun bergabung engan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah. Sepanjang perjalanan pemuda tersebut sentiasa membaca al-Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat. Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir, dan munajat kepada Allah. Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tanpa berhenti-henti. Begitulah kebiasaan pemuda itu yang dikerjakannya sehingga sampai di Makkah. Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya berasa kagum. Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Begitu juga dengan pemuda soleh itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinannya. "Wahai anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal erti letih. Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian?" tanya Abu Sulaiman. "Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini, Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan syurga diperbuat daripada batu-bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seorang di antara mereka tersenyum kepadaku dan berkata:"Wahai pemuda! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku."

Setelah itu aku pun terjaga. Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik. Dan mimipi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal erti letih dalam beribadat kepada Allah. Kerana barang siapa yamg bersungguh-sungguh, dia akan dapat. Setelah mendengat kisah tersebut, Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi. Sahabatku, di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan dikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insyaAllah!


Huk3.. Cop!!!! kisah bidadari Allah s.w.t ni aku bukan copy paste semata-mata.. Tapi aku baca sambil menulisnya balik dalam blog aku ni.. Ya, aku taip balik apa yang aku baca dari awal hingga akhir, walaupun ada ayat2 yang aku tidak begitu faham maksudnya :P ... Sewaktu aku melilau-lilau dalam facebook sebelum maghrib tadi, sambil tunggu masuk waktu, aku terjumpa kisah ni dalam wall seorang pengguna facebook... Aku tertarik untuk membacanya, dan sangat berterima kasih kepada beliau, semoga Allah mengurniakan kebaikan berlipat ganda atas kebaikan yang dia buat :))
Apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang, setelah habis membaca kisah ni, aku terfikir, adakah aku juga telah disediakan bidadari-bidadari secantik demikian rupa di syurga nanti?? Adakah layak untuk aku masuk ke dalam syurga-Nya.. Wallahua'lam... Sama-sama kita doakan, serius!!!!!! Aku nak bidadari-bidadari tu... Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu dan tempatkanlah aku dalam Jannahmu... Jika anda seorang lelaki dan membaca kisah ini, mesti anda terharu kan, dengan apa yang Allah janjikan kepada kita? Mesti anda insaf akan segala larangan yang kita  dah buat... :(( MasyaAllah, tempatkanlah kami di tempat-tempat orang yang Soleh, ya Allah... insyaAllah!!! Kita boleh jika kita mahu dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya... Assalamualaikum :))