Saturday, December 22, 2012

E.Y.E izinkan selamanya namamu di hati

Lama tak update pasal lagu kan... 22.12.2012
kul 10 pagi...

lagu kali ni nak tulis tentang dari kumpulan E.Y.E
tajuk dia izinkan selamanya namamu di hati :')

lirik dia ni aku copy paste jer la ea... layan~~

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

( korus )
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

( ulang korus )

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman




Friday, December 21, 2012

Aku kena ban garena server

Grrrrr, stress gila arini... adoyai...
Tadi aku gi main game kat cc member aku... aduhh... joint garena la kan...
main punya main, tak sedar yang kitorg main ngan lord dari server cyberstar, lupa nama dia tapi depan depan tu ada bunyi nama "Noob"...







kitorg main la kan, dia di sebelah pihak lawan... main sampai main, kitorg pro (ceh) lawan dia, tak sangka dia mati banyak kali, jadi feeder laaa... satu team kalah, semua feed jer reti, pastu tak sangka yang dia leaver game.. geram la lam hati, ceh leaver rupanya... buang masa tul... kitorang pergi kat platform luar tu pastu kutuk2 la nama dia ckit... tak padan ngan Lord, tapi leaver... Dia tak reti main kitorg takder hal, tapi jangan la jadi spoiler leave game... kutuk punya kutuk, aku kena ban dari server cyberstar... silaka... hahahhahahahah... adoyaiii... nah, amik ss kat atas...

pastu balik umah, dah ada 3 orang ajak in game, baru jer on, rileks lu bro... wa letih.. ekekekekke... try joint cyberstar... sah, aku kena ban... ahahahhahah... adoyai, lawak tul lord cyberstar ni.... geram pun ada.... eekkekekeke... ni namanya entry hilangkan masa di waktu lapang...

Kisah Harithah

Hahahahahha, pukul 1.26 pagi... Sambil2 menyelami kisah-kisah teladan n sambil tengok one piece...
Kali ni aku nak post tentang kisah seorang pejuang muda yang bernama Harithah bin Syuraqah...
Harithah/hariz/harith/haris mempunya maksud yang sama dalam nama-nama Islam... Dan maksud kepada nama-nama ini ialah penjaga atau pelindung... (maksud nama aku la tu ^^)

hahahhaha, ok2... entry kali ni aku nak konsikan tentang kisah seorang pejuang muda yang bernama Harithah bin Syuraqah yang hidup pada zaman baginda Nabi Muhammad saw kita...

Pada suatu hari, ketika baginda kita Nabi Muhammad berjalan di kota Madinah, beliau berselisih dengan seorang sahabat yang bernama Harithah bin Syuraqah.

"Harithah! Bagaimana keadaanmu pagi ini?"baginda bertanya.

"Ya Muhammad! Pagi ini aku telah mencapai hakikat keimanan." jawab Harithah..

Mendengar jawapan tersebut, Nabi Muhammad bertanya. "Apakah buktinya dan dimanakah bukti akan hakikat keimananmu?"

"Cinta pada dunia telah hilang dalam diriku sehingga nilai emas dan batu sama sahaja di mataku. Seolah-olah dalam mataku dengan jelas aku dapat melihat arasy tuhan, penghuni syurga mendapatkan nikmat di syurga manakala penghuni neraka menerima azab di neraka. Ya Rasulullah! Pada malam aku bermunajat dan di siang hari aku berpuasa." kata Harithah.

"(Engkau) adalah hamba Allah yang telah memperoleh cahaya di hatimu. Harithah,engkau telah menerimanya, maka jadikanlah ia sebagai amalam." kata Nabi Muhammad kepadanya.

"Wahai Nabi Muhammad! Kau doakanlah aku mati syahid di jalan Allah"kata Harithah. Kemudian, Baginda pun mendoakan agar Harithah berpeluang untuk mati syahid.

Kebetulan di hari itu Nabi Muhammad dan para sahabat keluar dari kota Madinah untuk memerangi orang kafir Quraisy di Perang Badar. Jumlah tentera orang kafir lebih dari 950 orang sedangkan tentera muslim hanyalah 313 orang tanpa memiliki senjata yang hebat. Walaupun begitu, Allah memberikan kemenangan kepada mereka. 70 orang kafir Quraisy terbunuh manakala 70 ditawan. Seramai 14 orang mati syahid dah Harithah adalah salah seorang daripada mereka.

Ketika Nabi Muhammad dan para sahabat kembali dari medan perang, ibu Harithah menemuinya.

"Nabi Muhammad,dimanakah anakku Harithah?"ibunya bertanya.

"Wahai ibu Harithah! Bersabarlah, sesungguhnya anakmu terbunuh di jalan Allah", jawab Nabi Muhammad.

Ibunya mengulangi pertanyaan tersebut dan dijawab dengan jawapan yang sama. Untuk kali ketika, ibu Harithah bertanya "Ya Rasulullah, aku tahu kalau anakku terbunuh di jalan Allah kerana itu yang diingininya. Tetapi di mana anakku berada, di syurga atau neraka?"

"Wahai ibu Harithah,apakah engkau tidak tahu? Sesungguhnya syurga itu bukan hanya satu, tetapi banyak sekali tingkatannya. Dan sesungguhnya anakmu telah mencapat syurga Firdaus, itu syurga yang paling tinggi." jawab Nabi Muhammad.

Ibu Harithah merasa gembira mendengarkannya.

Dan mengikut kisah ini, ahli sejarah mengatakan bahawa ketika Hatihah terbunuh di jalan Allah, dia berusia 17 tahun... Wallahualam
Kejap jer tulis balik kisah ni... huhuhuhu... tu jer kot untuk malam ni, tak tahu nak tulis apa da :)
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Jangan lupa doa tido, Bismikallahumma ahyawaamut... ameenn

Saturday, December 15, 2012

10 kriteria bakal isteri

Boring, apabila tak tau nak wat apa, mula la rasa nak menekan keyboard kat sini...
Facebook dah buang jauh2... Between u n me, nothing, sorry facebook... hehehhehehe... i hate u so much,facebook.. : P

Hari ni aku rasa nak tulis satu artikel tentang 10 kriteria isteri yang aku nak cari.... OOOppss, tak tak, maksud aku, 10 kriteria isteri atau bakal isteri yang patut ada dalam semua golongan hawa dalam malaysia ni... Amaran keras!! ini hanya menurut pandangan aku, heehheheh... : D

Kita mulakan:-

1. Bakal isteri yang boleh menjadi ikon kepada anak-anaknya suatu hari nanti ;)

2. Bakal isteri yang sentiasa bersedia untuk menyebut "Saya salah, saya mintak maaf" :)

3. Bakal isteri yang sedar akan kesilapan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum menyedari kesilapan orang lain : D

4. Bakal isteri yang sebelum dan selepas menjadi isteri seseorang, tidak melayan atau bergaul bebas dengan mana2 lelaki yang bukan ajnabi, dalam realiti mahupun dalam dunia internet, FB,BLOG,FS, n bla bla bla :P

5. Bakal isteri yang tidak obses dengan alunan muzik dunia dan tidak menjadikan artis2 dunia sebagai ikon hidupnya ^^

6. Bakal isteri yang tidak kenal erti penat lelah dan berputus asa

7. Bakal isteri yang mencintai hanya suaminya setelah diijabkabul dan setia

8. Bakal isteri yang sentiasa menjaga mulutnya,adabnya dan perbuatannya.

9. Bakal isteri yang apabila bersolek, tidak melampaui batas dan solekannya ikhlas hanya untuk suaminya

10. Dan yang terakhir, bakal isteri yang bukan hanya dipimpin, tetapi turut memimpin andai suami ada melakukan salah silapnya atau sang suami pergi dahulu :')


HER HER HER, ini pandangan aku jer... well, aku tahu aku pun bukan mr perfect sangat, tapi tak salah kan untuk aku tulis ni??? kalau ada yang terasa, pandai2 la perbetulkan :))
hihihihihi, mati aku, kena aim la lepas ni, n arap2 takder la plak saper2 yang kuarkan artikel 10 kriteria suami idaman semata-mata nak tembak aku ni... hahhahhahaa, kalo ada, aku tak kisah, aku sentiasa think positive ^^
see? tak kisah pun kalu bakal isteri tu tak cantik, nanti boleh tutup lampu katanya UAI... hahahhaha..
n tak kisah pun kalo bakal isteri tu tak pandai masak, tak kotor dapur nanti, katanya aku, eekekekeke...
lalalalalalalalalalala~~~ gerak lu, olla.. ^^!

Weh, ada orang accident tu

Olla bloggers... buhsan ni, main game pun takder mood (jiwa kacau lagi)
hahahahha...

nak dijadikan cerita, tadi lepas maghrib aku kuar depan umah ni jumpa member kat kedai roti canai femes kubang kerian ni, sambil2 cuci mata tengok novel dalam kedai buku SMO tadi...
*aku ni memang kaki novel sebenarnya, wat saper yang belum tau agi :P
hehehehhe...

Aku ngan member aku tadi, nama dia asrul, da macam adik aku da aku rasa... kat kubang kerian ni, yang dekat ngan umah aku, apa2 hal apa2 banyak gak aku cerita kat dia, dia pun tahu aku camner... huhuhuhu
Sorry la serul, ku seru namamu dalam ni, hahahahhaha... tapi mamat ni, sekali dia main game, toksah duk ceritaa laaa, dia tak pandang da apa yang jadi kat sekeliling dia, hahahhaha, gamer sejati bhai~~~

soooooooo, masa nak balik tadi, ada dentuman kuat kedengaran, DHUMMMMM!!! shreeekkkkkkkkK~~~

Aku ni memang lemah semangat sikit kalo tengok orang accident, takleh tengok ngeri2 beb!!!!

Lepas bunyi dentuman kuat tu, aku tengok si asrul, si asrul tengok aku... hah sudah~~~ sapa plak yang accident tu... kami masuk dekat sikit, ramai wooo orang kerumun tempat tu... check punya check, aku pun tak paham laa macam mana laa keta tu boleh langgat motor yang memang tak gerak tepi jalan tu... aku faham, jalan depan umah aku waktu malam ni memang busy sikit, kedai makan katakan~~ rapat ngan bahu jalan... kadang2 motor pun parkir mcm tu jer tengah2 jalan...

tapi aku tetap hairan, terpikir gak, laju sangat ke pemandu keta ni drive, sampai rosak teruk bahagian depan dia, sampai motor tu terperosok bawah keta dia, isyh3... memang teruh bhai, nasib baik jer takder kemalangan jiwa yang berlaku :)

Bila ramai duk kerumun tempat tu, keluarlah si pemandu keta tersebut, aku pun tak tahu keta apa (aku ni memang tak pernah hafal jenis2 keta lam dunia ni)... lepas je pemandu dia kuar, maka terjawablah soalan aku... pasal apa? hehehehehhe, sebab pemandu tu orang pompuan, ekekekekekekke...

aku memang tak paham kalau pompuan jadi driver, seriously... = ='

haihhhhhh, memang 99% pemandu pompuan lam malaysia ni teruk ke? sorry girls, no offense : P
hehehehehhe.... aku rasa tak, tapi mostly laa kan? ekekekekek... buat kengkawan kat luar sana, especially, girlsss, berhati2 laaa kalo memandu yerrr... kang tak pasal2 ada orang ilang anak.... huhuhuhu.... k laaa, taip punya taip, aku tak perasan dah banyak yang aku taip ni... banyak ke? tak pun~~ hahahahhaha.. .ciao cin caw... ^^

Friday, December 14, 2012

Letto-menyambut janji

OP OP OP, hehehehe...
assalamualaikum :D
wah wah, ni aku nak kongsi satu cerita sikit... ekekekkeke... malam tadi ada game bola sepak penentu siapa yang masuk ke final dalam AFF suzuki CUP... malaysia terpaksa berdepan ngan thailand utk mara ke pusingan akhir menentang singapura... Tetapi, nampaknya malaysia kecundang dengan thailand 2-0 dan secara agregat 3-1... ekekekekeke... adoiii~~~

malaysia gagal mempertahankan kejuaraan AFF suzuki cup pada tahun ini... takper, sabar HM, selamanya harimau malaya... :D

tadi 13/12/2012, aku boring gilaa, lepak umah main game aja.... huhuhuhuhu... ape nak jadi la :P
sebenarnya, hari ni, aku tak tau naper, aku rasa rindu gila dekat si Z tu... rindu sgt2... huhuhu, tapi, patut tak aku call dia? or msg je? hukhukhukhuk

COP, layan lagu lu se round, lagu indon, malam ni aku khayal diulit melodi indon yang bertajuk menyambut janji... jap, link dia kat bawah ni, syiok~~ layan... huhuhuuhh...

Letto, menyambut janji

Monday, December 10, 2012

Wahhh, aku rindu giler blog aku ni...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :))

Wah wah, lamanyer tak lepak sini... tengok punya tengok, cantik gak blog aku ni kan :P
sooooo, sebenarnya tak tau gak apa yg nak tulis ni... maklumlaa, lama x lepak sini...
agak2 skill menulis blog aku ni pun da berkarat lama da...

OK, untuk makluman semua, skrg ni aku kat kelantan... tengah tanam anggur kat sini... HAHAHHAHA...
taktau nak tulis per... huhuhuuh...

Sambil layan blog ni, sambil dengat lagu judika-aku yg tersakiti... feeling gop... huhuhuhu...
Nak cakap camner a, tentang dunia cinta...
Takder yg sempurna lam cinta, betul...
Tapi seorang lelaki yg betul2 mencintai seorang wanita, walau seteruk mana pun dia marah kat wanita tu, atau frust atau kecewa ngan dia, dia mesti kejar balik...
Mungkin itu memang kelemahan seorang lelaki, kadang2 lelaki ni memang susah nak cari yg penyabar... Mungkin dia memang jenis cepat marah, panas baran, tapi ketahuilah, walau seteruk mana dia tengking anda atau marah anda, kalau dia sayang, dia mesti pujuk balik, kejar balik... itu memang kelemahan lelaki, sukar nak tahan marah... dan kadang2 apa yg lelaki cakap tu, pompuan kena dengar gak... apabila pompuan tu wat keras kepala taknak dengar apa yg lelaki tu cakap, tu yang jadi gaduh ler apa ler... zzZ
haahahha... membebel.. k la, len kali lak update sini... n utk pengetahuan korg, aku da tinggalkan dunia FB.. huhuuhuhuh tata titi tutu